Selasa, 30 Jun 2015

Harini dah 13 Ramadhan 1436H. Lagi 16 hari lagi nak raya. Aku tak pasti apakah Ramadhan ni adalah Ramadhan terakhir utk aku. Ramai dah kawan2 dan sedara mara yang pergi dalam masa setahun lepas. Termasuklah kak munah yang pergi selepas raya tahun lepas. Rasa cepat sangat dah setahun. Time and tides wait for no man kan..

Tahun ni opening puasa seems so good. Cuaca redup pada 1st Ramadhan. 2nd until today quite challenging. Panas bedenting. cuma satni aku jenguk kat luar tu abit cloudy. Redup cam berjerebu tu. Hopefully tak ujan sebab aku nek moto harini gi keje. Kalo dah takdir nak kene siram, aku redha. Tu je jalan yang paling cepat untuk aku balik rumah lepas keje. Paling cepat untuk aku sampai rumah, kemas2 rumah, ambik budak2 and then lari gi pasar ramadhan pulop. Harini nak beli roti john lagik, nasik tomato kalo ade dan jugak air minam2. Kat pasar ramadhan rumah aku tu tak bape banyak sangat orang meniaga makan sebab ape ntah. Susahnya bila nak membeli la, takde makanan yg nak dibeli dan sedap dimakan macam kat tempat2 lain. Tengok la macamana satgi, kalo cam tak best je aku gi param kat saujana je sebab sana bazar dia kemain meriah, panjang satu km ujung ke pangkal...hihi.

Khamis, 18 Disember 2014

Disember dah.. blog gua bersawang weyy

Masa berlalu pantas dan takkan tunggu sesiapa dan apa2pun. Masa aku tulis ni pun dah masuk pertengahan bulan Disember 2014 dan nak sampai penghujungnya.

Kalo nak dibuat penilaian dan diteliti, tahun 2014 ni cukup banyak peristiwa yang berlaku. hilang kapal terbang, kapal terbang kene tembak, jerebu tebal, harga minyak naik dan naik dan naik dan tak turun2 dan macam2 lagilah. Tu peringkat nasional dan semua org rasa akibat daripada perubahan dan kenaikan2 tu.

Changes yang terjadi tahun ni kat aku pun macam2. Bertukar jawatan dan buat bidang baru yang aku kurang familiar with (perkembangan yg tak menggembirakan langsung), bergelut dengan thesis yg masih lom setel2 lagik, kisah anak2 rabak kening rabak mulut, kisah kawan jadi lawan, kisah pemergian insan2 yg terkesan dalam hidup (Kak Munah, Pak Harun), kisah tikam belakang sbb jeles pun ade... paling sakit pasal value persahabatan yg sebenarnya kosong & tak berharga pun, putarbelit, manipulasi dan macam2 lagilah. Semua tu aku dah gulung masukkan dalam botol dan nak campak kat laut je. Banyak lesson yg aku perolehi dalam tahun ni.  aduhai nasib aku ler wehh tahun ni. I won't look back, just move foreward bro!

Pasal azam aku belum nak cerita lagi, next entry baru cerita. Apepun, banyak yang dapat dipelajari dari 2014 ni. Semoga tahun 2015 nanti akan lebih baik dari tahun ini dan have something for me to cheer off kan.... ok get back to work!  

Jumaat, 10 Oktober 2014

10 Oct 2014

Dresden
Hari ni dah 10102014. Ada dalam 2 bulan lebey lagi nak masuk ke tahun baru. Tesis lom siap lagi. Keje baru belambak2 nak dibuat. Hati risau, jiwa galau, macam lahabau dan terlampau. Kat mana nak lari ni?? Tak usah lari, semua masalah ada dalam diri. Semua boleh selesai kerana tu semua bawah kawalan kita sendiri. The best is to solve it accordingly. Selosaikan dongan bijak sobab ey it never too late for everything. Takdo istilah terlambek pun guys.

Gambo castle nih... member aku Nizam baru balik dari German sobab kono betugas kek sano. Dio ado boli fridge megnet yg rare ni. thanks bro. cantek weyy. Lega sikit dapat "ubat penenang" ni. Tadi pun dia ada share experience dia dok sana masa lepas majlis bacaan yaasin. Interesting. Ok..dah kol doblas limaplow. aku nak gerak gi semejid jap. nanti ada masa aku sambung lagik....tata, salamelekom!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers