Khamis, 18 Ogos 2011

Iftar sana sini...






Aku nak panjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana hari ni genaplah 18 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni. Alhamdulillah, ibadah ni dapat aku jalani dengan penuh kenikmatan dan kesabaran. Lagi 12 hari nak raye dan persiapan raye ?? Heheh, belum sempat beli dan buat apa2 persiapan raya lagik. Baru dapat beli selai baju melayu short sleeve c/w indian stripe knittwear. Itupun accidentally beli masa edisi terjah kat chiow kitt last 2 days. Jangan kata nak beli baju raye, nak buke pose dengan mak aku pun belum berkesempatan lagik. Mujurlah rumah Kak Chik aku dan rumah aku ni dok dalam satu daerah yang sama.. sempat jugak la kitaorang gi berbuka kat rumah masing2 on 1st n 2nd week hari tu. Jadilah... nak balik kampung tak dapat, layan buke pose kat rumah Acik pun lebey kurang cam buke pose kat kampung jugak la.





Ok, citer pasal iftar atau mejlis buke pose ni, minggu ni rezeki melimpah Allah swt bagi kat aku ngan kengkawan se opis. Mana taknya, selasa usahawan belanja kat Kunang2, semalam lagi skalik iftar ditaja @ Peransang GC pulak. Besok?? PNB Darby Park plak. Kali ni aku tak sure nak gi solo je ke or nak bawak Lin n Cami skalik. Dah offer, tapi jawapan lambat dapat. Lin masih 50/50 lagik. Entah apa yang di fikirkan pun aku tak tau la. Ala... sekali sekala join opismate aku kan, apa nak kisah.. layankan je la. Maybe dia segan kot sbb member2 aku yang lain tak bawak spouse?? Ntahlah...suke ati ko la Lin.. :-). Your choice, you decide.



Okeh, sabtu ngan ahad aku tak tau apo plan buke pose lagik. Rasanya kitaorang nak buke pose kat rumah je kot sebab lin ada kelas driving this weekend & next weekend ?? (eh..bukan next wik orang dah pakat2 balik kampung ke?) Korang nak tau citer pasal plan aku nak balik kampung lak ke ? Kalo nak tau, make sure korang folo aku nyer entri2 yang akan datang. Hopefully everything will goes fine as planned, InsyaAllah.




Ok geng, dah malam ni. Jom kita kontinue lagik 4 rakaat and then flight dah tunggu kat atas... aku gerak dulu ye! chiooww... ;-)

Isnin, 15 Ogos 2011

Hepi Befday Angah

Lilin kepala 3 dan ekor 5
Lama jugak aku tak wat entri kat sini. Rasanya sejak aku kene sakit tangan hari tu kot. Ditambah pulak aku dapat selambak kad raye untuk aku shoot out kat kengkawan dan kengkawen yang ada di luar sana tu. Kad raye lak tu bukan sikit2 anak lak tu. Semua sekali ada 140 keping. Part yang paling best, HOD semua dapat 500 kepeng sorang..fuh!! skang ni kan, aku tengok dak2 opis ni semuanya tekut nulis kad raye. Gaya masing2 cam dak2 skul jawab paper karangan BM. Bersimpul2 urat lengan masing2 dok melayan kad raye untuk kengkawan dan lelain penerima. Wokeh, yang aku nak citer kali ni bukannya kisah kad raye. Entri aku kali ni adalah untuk tribute to my dear BFF birthday, Angah Fiza.

Inilah Angah Fiza aku neh. siap tunjuk peace lagik
It's been our clan's tradition to celebrate our birthday every year. Siapa lagi la yang selebret hari jadik kita kalo bukan kengkawan rapat kita dan femeli kan. Takkan si Meon lak kan..hahah! So, Angah Fiza ni adalah salah sorang daripada kawan rapat aku kat sini. Kitaorang banyak share interest especially kesah2 femeli, hal anak2, kisah2 keje, deco's thingy and not to forget kisah lelama since umur kitaorang pun sebaya kan. Anak-anak kitaorang pun age lebey kuwang sama jugak. Dulu2 taim Cik Bai lom fly gi Belanda, kalo nak carik salah sorang dari kami bertige ni, sure orang akan tanye. e.g - Enterprono carik aku tak jumpe, dia akan roger tepon Angah Fiza atau Cik Bai. Three of us ni memang korum wajib la. Setahun Cik Bai takde, tinggal aku ngan Angah Fiza je la yang selalu hangout hari2. Pesanan untuk Cik Bai - Cepat la abis setahun Cik Bai, meja kopi dah lama tak berasap nehh... hihik! Kedai2 makan kat Sri Gombak, sup mengah, rott, ISA dan memacam nama lagik dah rindu ngan tekak ngko tu Cik Bai..huhuhu..

Ape kes masuk citer Cik Bai lak ni??

Back to Angah Fiza's birthday.. bulan pose nyer pasal, so kitaorang selebret sekadar havoc2 kat dalam opis aku je la. cam biase, g beli kek. skali balik jek dari kedai kek, aku p paking kete... nampak plak kete WJX masuk skalik kt paking sblh.. Aiyyyookk!! Kantoi kek besdey ni satgi kang.. Puas la si Jiji men galah hadang kt paking lot tu. Line clear, baru Jiji larikan kek tu ke bilik aku utk kasik nyala iteww lelen. Linda g panggey ini "besday auntie" datang to my rum. Soh dia tiup lelen, bagi kad besday and xtvt biasa kalo besday..haruzzz la amik gambow as momento to rememberetti. For that, aku nak ucapkan selamat hari jadik kat ko! Semoga di usia baru ni ko akan memperolehi segala yang ko impikan. Bak kata Linda n Jiji (our another bro n sis), jangan nakal2 sangat ye auntie (nakal tang mana aku tak pasti lak, hahah). Kitaorang akan beking ko kat mana2 yang ko perlukan. We'll always be with u beb! Cheers..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Recovering...

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa sejak beberapa hari ni, my hand's getting better today. Most important aku dah boleh menulis sikit2 walaupun rasa sakitnya tu masih ada lagik. Macam Mak soh kata la, "sakitnye itu kalo dateng sepantas kilat..kalo perginya itu seperti semut".  Lepas Mak So urut tangan aku semalam, satu malam tangan aku naik bengkak dan bangun pagi tadi pun ada bengkak lagi sikit2. Agaknya dah lama sangat urat tangan aku ni terbiar dan lepas kena "repair" barulah darah tu boleh bergerak lancar kan. Tu pun malam tadi aku lupe nak sapukan Minyak Hijau kat seluruh tangan aku nih. Dok layan2 Cami sampai pukul berapa aku terlena pun aku tak perasan. Aleh2 je bukak mata dah pukul 4.15 pagi aku capai itu Minyak Hijau sikit dan sapulah kat mana bahagian yang bengkak tu.


Cerita punye cerita punye cerita kan, korang biasa tengok tak minyak hijau yang aku sebutkan tadi tu? Orait, ni ha rupenye minyak ijau yang korang asyik dengar2 je tu. dulu masa aku kecik2 abah aku suke sangat berurut dengan minyak ni. Bukan setakat baunya yang harum, tapi dia punye khasiat untuk menyembuhkan penyakit tu memang bagus. Kat label blakang dia tu ada tulis khasiatnya yang boleh menyembuhkan segala jenis sakit urat. Dulu lain rupe botol dia ni. La ni dah ada brand Orang Kampung. Dibuat berasaskan kepada tumbuhan semulajadi spt minyak kelapa hijau, daun2 herba dan takde bahan kimia yang boleh memudaratkan si pemakainya. Setakat ni aku pun memang rasi la dengan ubat ni. Kalo korang nak try leh cari kat kedai2 ubat tradisional n jamu yang berdekatan ngan rumah korang..hahah, cam jual ubat lak aku neh.. Ok, nanti ada masa aku kasik masuk entri lagik. Chiow chin chioww! [:-D>

Khamis, 4 Ogos 2011

Mak So tukang urut

Korang kenal tak ngan Mak So? Aku rasa kalo aku tanye kat dak2 opis aku ni, mungkin derang kenal ngan sorang makcik cleaner ni. Sesapa yang tergeliat, terkehel, salah urat, simpul bewak kat sini sure pernah panggil makcik ni utk setelkan poblem derang. Kepada korang2 yang tak kenal lagik ngan makcik ni, korang layan sama ini kisah sampai abis.

Alkisahnya kan, dah dua tiga minggu dah tangan kanan aku ni tersalah urat. Masa memula tu rasa macam tak berapa sakit, so aku sapukan je minyak gosok untuk legakan kes urat besimpul ni. Pegi klenet pun dah, tapi bukan makin baik, makin sakit adalah. Las wiken aku g dusun Abg Lang aku pun ada aku mintak dia tolong urutkan pegelangan tangan aku ni. Nak jadik kesah, masa lepas urut tu memang lega la, tapi pastu kena sebelah petang n malamnya lak terus datang dia punye sakit balik. Aduyai... riki2 kat area rumah memang la takde tukang urut yang buleh aku mintak tolong urutkan.

Tanye punye tanye, Linda kata ada satu makcik cleaner kt kawasan sebelah ni yang buleh mengurut. Cari no tepon n terus aku call Mak So soh datang ke opis aku. Kebetulan lak masa tu dia tengah rehat tengahari, terus dia datang bawak minyak urut n terus urut wrist aku yang sakit tu. Cara dia urut tu standard la cam lain2 tukang urut. Kalo tak sakit bukan berurut la kan.. dia baru letak je jari dia kat wrist aku dah aku rase cam nak jerit dah. Minyak urut? Ofkos la dia gunakan minyak urut dari bunga chamomile & ramuan akar kayu yang di masak sendiri. Lebih kurang 45 menet dia urut, terasa dah kurangnya sakit aku tu. Mak So pesan balik kat aku, kalo sakit lagi boleh panggil dia datang urutkan. Mungkin sebab sakitnya dah lama, pagi ni tadi terasa sengal n "meletup" sikit urat kat tempat yang sakit tu. Pagi tadi aku dah call dia balik dan skang ni aku tengah tunggu Mak So utk datang balik dan urutkan saki baki urat aku yang tersalah tu. insyaAllah, lepas ni kurang la lagik sakitnya n leh recover cepat. Banyak xtvt lasak yang tak buleh aku buat disebabkan sakit tangan nih... Bukan takat tu je, nak menulis ngan makan pun susah nak suap. Korang doakan la aku recover cepat, geng! Leh aku ngarang macam2 citer lagik utk bacaan korang. Heheh.

Rabu, 3 Ogos 2011

Welkem bek bulan pose

Jeng! Jeng! Jeng! Masuk hari ni dah 3 hari dah kita berposa. Alhamdulillah, setakat ni aku rasa okeylah macam hari2 lain gak. Takdelah penat, lapar dan dahaga sangat pose tahun ni.  Agaknya sebab dah lebih 30 tahun berposa kan. Lin pun aku tengok so far so gud la. Setakat ni posa dia masih full lagi walaupun tengah berbadan dua tu. Cuma hari pertama tu je dia cam tak berapa tahan sangat dan lepas buka pose dia terus cari tempat lending kan. As usual, segala xtvt aku stopkan sepanjang bulan pose ni untuk bagi aku peluang berbuke pose dan beribadah dengan femeli.
Cami bucuk aku tu pun tak lepas peluang share feeling bulan pose ngan kitaorang. Time nak berbuka tu la time yang dia paling sebok nak menolong itu ini kan. Cam biasa jugak, buah fevret dia taim bulan pose dan taim tidak bulan pose is buah kurma la. Dua tiga hari ni aku tengok dia cam tak berapa selera nak makan nasik, roti and makanan2 lain yang selalu jadik fevret dia. Aku rasa la, ni mesti kes dia ajak mak tok makan skali n mak tok takmo makan. Tapi aku tak bape risau sangat sebab dia nak minum susu dan berselera makan coklat. Tengok la camana petang ni, aku sure kang balik bagi dia calci-yum sure abes dua tiga mangkuk punye.. N malam ofkos la dia akan join aku semayang terawikh cam biasa walaupun aku tak tau apa yang dia baca. Paling best bila "waladdooooooooollliiiinn" je dia terus "AAAAAaaminnn..."kan Heheh. Whatta lovely moment yang aku dapat ngan anak sulung aku ni kan. Harap2nya biarlah sampai bila2 pun dia minat nak folo aku solat jemaah camtu.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers