Khamis, 29 Disember 2011

Kisah makcik ketinggalan bas

Aku dok teringat2 kisah yang terjadi laswik. Kisah ni di ceritakan kat aku oleh seseorang dan aku rasa lebey menjurus kepada esprit de corp atau semangat berpasukan la. Kata orang tu, kompeni tu buleh diumpamakan macam sebuah bas skolah. Dalam bas skolah tu ada macam2 jenis orang yang semuanya sedang dalam perjalanan ke destinasi yang sama. Untuk pastikan bas tu sampai ke sekolah, kita kena pastikan bas tu dalam keadaan baik. Tayar tak pancit, brek makan. Driver bas tu pun mestilah good driver yang tahu mana nak pergi. Kena pastikan jugak passanger tu adalah gud passenger. Kalau passsenger tu sakit la, suka buat masalah dalam bas la, kaki kacau la...suruh je la passanger tu turun dari bas tu supaya kenakalan dan kejahatan dia tu tak ganggu perjalanan.

For me lak kan, kelancaran sesuatu perjalanan tu adalah jugak terletak di tangan driver. Passanger jarang buat hal macam yang dia story tu. Siapa yang selalu eksidenkan bas kalau bukan akibat dari kecuaian driver? So, dalam konteks ni, kalo bas tu buruk pun dan passanger tu buat kecoh2 pun kan, kalo he/she is a good driver.. maka perjalanan tu akan jadi selamat dan sampai ke destinasinya. Aku tak tau apa motif orang tu citer kat aku dan aku tak pedulik pun. Konon-konon nak nimbulkan keinsafan la kot kat geng2 yg depa called as a nasty gangger tu kot. Sebelum tu pun ada kesah jugak la kenapa orang tu leh kuwarkan citer bas nih kat kitaorang.

Pada pandangan aku jugak, orang itulah yang sebenarnya patut ditinggalkan di tepi jalan kerana matlamat dia sebagai driver yang nak ke destinasi orang ramai2 ni dah tak betul. Intensyen dia adalah untuk sampai ke destinasi dia sendiri dan bukan destinasi bersama2 tu. Aku rasa ramai di antara yang ada dalam bas tu yang rajin nak tekankan loceng utk orang tu turun...hahah!

Jalan clear

Pagi ni traffic smooth betul dari rumah aku ke tol Jln Duta. Ramai yang dah start cuti nak nyambut tahun baru kot. Skang ni rakyat mesia pun dah pandai ambik cuti hujung tahun cam orang dok obersi. Aku lak? Tahun ni memang takdela istilah bercuti hujung tahun cam selalu tu. Vacation tahun ni kitaorang postpone till Zihni besor sikit. Let say on june maybe. Kali ni mungkin gi jauh sikit kot.

A little bit update for Zihni. Semalam balik rumah aku main-main ngan dia. Dah dekat sebulan dah pun kan, dia dah start pandai menyahut bila aku agah dia. Kemain sengih lagik dia bila aku agah2kan dia tu. Hihik, nasib je kamera jauh dr aku time tu. kalo tak, mau jek aku snap n post gambo dia kat sini. Wokeh, der keje skek. Nanti free2 aku boh lagik entri ok!

Rabu, 28 Disember 2011

Untuk Lin...

Aku ni asyik story punye story punye story... now aku nak share one of my favourite soft songs yang pernah aku dedicate kan pada Lin taim becintan cintun dulu. Aku tak sure dia hengat lagik ke tak lagu nih. Nukilan sajak daripada Usman Awang sekitar tahun 70an. Tak jiwang sangat pun. Tapi banyak unsur metafora dimasukkan dalam lagu ni untuk menggambarkan betapa sayangnya dia kat kekasihnya. Camtu jugaklah perasaan aku pada Lin. Tak pernah luntur, pudar, kusam, basi etc2. Boleh baca lirik sambil dengar lagu aku yang didendangkan oleh kopratasa nih...


To my Lin, hayati bait-bait puisi ni. Semoga patah2 kata yang tersabda dalam puisi ni menjadi teman mu di kala sepi (chewaahh!)


Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selindang
Menudungi rambut mu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang meyinari dada mu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluh rindu mu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu

Kekasih...
Hitunglah mimpi-mimpi
Yang membunuh realiti
Dari syurga illusi 




Selasa, 27 Disember 2011

Hepi befday to u Omak

(Entri ini akan menggunokan seponuhnyo sleng Nogori Somilan) 

Hari ni gonap la sebulan den tak balik kampung. Lamo tu jugak la den tak jumpo ngan Omak. Daripado kocik laie aku memang rapat ngan Omak aku ni. Sumo bondo den ado akan den kunsikan dongan Omak. Daripado kesah suko duko, sonyum ketawo gombiro sumo den citokan dongan Omak den ni. Agak eh sobab den anak yang last (huh, cakap omputih lak deh) kot. Tu pasal apo2 pun kan, kalo nak mintak ko mesti thru omak jugak.

Omak den ni lahir sebolum datang eh Jopun ko tanah molayu laie. 24 Disember 1935. Omak korang pun lom tontu ado laie taim tu. Lahir dalam femeli sederhano biaso kek kampung Setano Ghajo. Kalo kek kampung den tu orang konal dio dongan namo Ateh Kiah a.k.a Teh Kiot. Den goma boto kalau balik kampung tu duduk becheghito ngan Omak kek dopan pintu dapur bawah tu (Omak nyo pebret spot sobab leh tgk keto lalu lalang n leh nampak sesapo yg dtg). Kalau den becheghito ngan dio kan, daripado jaman dio umo 6 tahun time Jopun lending sini sampai la dio dah jadik onyang cam skang ni dio leh citokan. My fevret story dongan dio is maso dio mudo2 duduk Singapore. Maso tu dio tinggal kek Yinshun & Alexendria. Kek situ juo la lotak eh barrack ngan kem askar British joman dulu tu. Cito taim dio memudo tu yang paling best skalik donga. Betapo susah eh membosa an anak jaman2 gaji kocik, brg mahal, kojo susah. Lupo nak cito, abah den dulu kojo ngan British Army sblm disorap masuk Askar Melayu di Johor Bahru.

Christmas eve hari tu, gonap la 77 tahun umo omak den. Lamo tu jugak la dio menabo bakti pado kito orang sekeluargo. Sodeh jugak sobab tak dapek selebret besday Omak sesamo kek kampung. Tapi kitaorang kek sini selebret juo gegamai kek gumah den, doa solamat sumo ado. Kami sayang Omak, kami kasihkan Omak. Semugo Omak diborikan kosihatan yang baik, kesojahtoraan hidup, dipanjangkan umo, dilimpahi dan dimurahi joki dan dirahmati Allah SWT. Omak pun tolong la doakan kami ni monjadi anak2, cucu2 dan cicit2 yang soleh dan solehah kepado Omak. Last bat not lis, wi wan u tu no ded wi lav u so mac, Omak!

Dr Azizan punye penangan...

Salam korangg! Hari ni Tuesday dan bukan Monday. Tapi aku tetap jugak nak kata yang hari ni aku ado monday blues. Nak tau citer? Hari Ahad hari tu aku ngan geng2 opis dahpun diarahkan untuk pergi ke seminar Dr Azizan tu. Lokasi Menara PGRM Cheras. Most challenging sebab nak pegi tu dah la coti krismas, pehtu nak ninggalkan Cami & Zihni with ibu alone yang aku tak pernah try lagik sebelum ni. Tugas punye pasal, aku gerak gak aa. Mana tau kalo gerak aku pagi ni adalah langkah rezeki ke kan? Heheh, apalagi...lesgo je la. Kitaorang pool kete dari opis, sampai sana tu diaa...nak masuk parking bersumbat2. Punya la ramai manusia yang nak "jadi kaya dan berjaya" cam slogan dia tu. Takpelah, lepas pusing 2 kali baru dapat parking kat padang belakang menara tu.

wristband
Call Angah, dia dah der kat lobi tunggu kitaorang. Lia pun dah sampai. Aku, Linda, Jiji n Ana terus gi register kat atas n dapat ini gelang kursus. Mana kak kiah ngan nizam?? Sure dah masuk n duduk somewhere yg jauh dari kitaiorang neh. Sat tu masuk tgk kak kiah call tanye kusi ade kosong lg tak n dia dtg nak join kt row kitaorang. Masuk dalam n sit down dengar pe kesah yang nak Dr tu citerkan. Korang nak tau, punyelah ramai manusia yang datang (takkan lak gajah, beruk, rimau lak nak dtg kan). Malam tu pun aku tengok berita, depa cakap ada tiga ribu orang join seminar tiga jam tu. Sebelum ni pun aku rasa pernah ikut kusus camni kat AsiaWork. One thing, dia dah bukak minda kita pasal apa potensi yang ada dalam diri kita dan c amana kita nak olah potensi tu untuk jadik lebih kaya dan berjaya. Minda kita adalah segala-galanya dan ada kuasa untuk ubah life kita dari biasa2 punye ke tahap yang luarbiasa! Phewww!! I loike tu. 

Gasak la sape nak berdiri, duduk lagi best!
Dari segi pengisian memang bagus sebab dia tunjukkan antara nak ngan taknak je kita berubah neh. Pehtu kan, aku suke dengan cara Dr Azizan ni conduct dan conquer dia punye session tu. Aku tak tau la is it bikoz of orang2 yang ramai2 datang ni betui2 nak berubah ke or saja nak layan mamat tu ke, or nak dengar camana kaedah nak jadik kaya ke kan. Yang best tu, bila mamat tu soh berdiri je, semua pakat berdiri. Tak soh duduk, takde la depa2 tu nak duduk pun. Aku ngan dak2 ni rasa takde pasal la nak bediri sebab dah provide kusi dah pun. So, pepaham sendiri la geng. Yang penting bukan nak nengok presenter tu, nak dengar dia punye kaedah camne nak jadik cam dia yang katanya dah kaya dan berjaya. Kalo korang tak pecaye tengok la kitaorang neh.. hahah!

Seminar sampai kol doblas jek, pastu lagik 45 menet ada closing a.k.a promosi pogrem lanjutan dia tu. Rege pogrem memang leh buat jamban duduk lagik sebijik la kat rumah aku. Ada yang murah2 jugak tapi bagi aku semua tu atas diri kita. Bayar mahal2, tapi balik tak ikut apa yang kursus tu suruh pun takleh jadi kaya n berjaya jugak...butui kaa? Tepuk dada, tanye hati masing2 kan..hahah!      

Isnin, 19 Disember 2011

Lindungan Ar Rahman

Geng, haritu aku janji nak sambung citer dari last entry. Perasaan bercampur baur dalam hati tak dapat aku gambarkan pada petang Jumaat yang mulia tu. Dah pun selesai urusan dengan hospital, Lin pun dah keluar dari recovery room and for me she looks much more stable and stronger this time. The moment I saw her entered the door, 'twas da moment of pleasure, faith & being blessed by The Almighty. I prayed to Him above, Alhamdulillah. Thank you Allah for saving both my wife n my son.

Selesai semuanya, aku tunjuk pada Lin wajah2 comel Uwais Zihni sedetik selepas aku azankan tadi. Lin pun dah ok sikit, baby Zihni masih dalam nursery coz derang sedang buat macam2 test yang aku mintak dalam form semalam. Anytime nanti bila dah setel derang akan bawak Zihni kat Lin. Sementara menantikan semuanya setel, aku ambik uri yang dah siap dibalut tadi masuk dalam beg n heading back to our house @ DC. Waktu aku keluar dari basement tu ujan kemain la lebatnya. Dalam hati aku tak berhenti2 berdoa supaya Allah permudahkanlah segala urusan aku untuk sempurnakan uri ni.

Sampai je kt area rumah aku, cuaca keliling  mendung sangat2. Awan hitam menutup seluruh dada langit. Sekali lagi aku panjatkan doa kpdNya supaya holdkan hujan tu sehinggalah segalanya selesai.(ayat cam citer Tanah Kubur lak). aku bulatkan hati, ambil shovel n terus gali lobang dalam2. Dah abis gali tu cepat2 aku tutup lubang dengan papan. Terus aku lari g dapur dan bersihkan uri sebersih2nya sambil barang2 untuk membalut dahpun aku siapkan. Siap je bersih, aku terus balut dan bacalah segala doa, salawat dan ikut tertib menanam uri macam yg mak ajarkan aku hari tu.

Korang tau, dalam masa aku tengah tanam balutan uri  tadi tu, baru aku perasan yang hujan dahpun turun dan membasahi keliling kawasan rumah aku termasuklah rumah jiran sebelah. Time tu, hanya compound rumah aku SAHAJA yang tak disirami ujan. Subhanallah, Maha Suci Engkau yang mentadbir langit dan bumi. Elok je aku kambus kepalan tanah yang terakhir tu, barulah aku terasa titik2 dingin turun dan menyirami aku dan compound rumah aku. Fuh, syukurlah Ya Allah, termakbul jugak doa aku padaMu Tuhanku.

Selesai je segala, aku rush balik KL, pack up barang kt rumah Mak Tok n ambik skalik Cami duduk kat wad ibu dia tu. Malam tu barulah nampak airmuka dia ceria sket. Time aku sampai kt rumah mak tok pun dia macam "takde hati" kat aku. Dalam erti kata lain, dia cam merajuk dengan aku ngan ibu dia sebab biarkan dia tido sorang2 kt rumah mak tok malam tadi.  Maybe jugak dia marahkan aku sebab tinggalkan ibu dia kat hospital semalaman sampaikan dia terpaksa tido sorang2 dengan bertemankan tok ayah n maktok.

As per discussion hari tu, kitaorang akhirnya stay for another 3 nights kat hospital. Seb bek eplai dapat single rum. Apalagi, berkhemah la kitaorang 4 beranak ngan toto n day bed yg hospital sediakan. As long as we can be together kan? Sampai hafal la cami dengan lagu "we are family" yang aku ngan ibu dia nyanyikan. Macam2 kesah anak aku sorang nih...but now dah berdua kan..Semoga Allah mempermudahkan segala yang aku lakukan di masa2 akan datang, InsyaAllah.

Rabu, 14 Disember 2011

Kurniaan terindah

Hati masih berbunga2 dan rasa syukur tak terhingga kepada Maha Pencipta atas kurniaanNya yang tak terhingga nikmatnya kepada kami sekeluarga. Aku rasa kengkawan2 aku yang len pun - Angah Fiza & Linda dahpun merasa keseronokan beranak dua cam aku skang ni. For Cik Bai blom lagik. Tapi dia dah janji ngan aku nak join da duo club ni sebaik dia balik dr belanda nanti. Ko better "pulun" abesh nanti Bai. Setawun korang nyer stock dah freeze kt saner. Balik ni make sure bulls eye ok bebeh! For that, nak aku kongsikan sikit kronologi kesuspenan aku menjelang dan setelah kelahiran permata hati aku yang kedua ni...

30 Nov. 2011
Jumpa Dr Wong @ Pantai Hospital KL dan dia arahkan untuk Lin warded pada esok petang jam 5. Aduhai, cepatnya beb. But da gud news is, our bb is in a gud health dan slightly bigger than his bro Cami. Alamak, banyaknya nak prepare. Barang untuk pat orang punyer ni geng.. Lin punye barang, aku punye barang, Cami punye barang n last but not least barang orang yg paling dinantikan ketibaannya tu...fuh! Must go back early this eve n pack kesemua goods n supplies for a week (worst case scenario if we have to stay in hosptl for quite sometimes).

Balik je rumah, bagai nak giler grab whatever relevant goods for ourselves. Baju, jacket, kain batik, baju2 bb (semua dah standby dlm beg bb dah, coz we choose that D date k). Lin cakap mana yg takde tu nanti dia buat final check la besok since dia da berjaye mengepaw MC dari gynea dia sat tadik!

Badan aku plak 2-3 hari ni dok rase seram sejuk2 jek neh.. pe kes beb? Nak demam ke? Better go n get something to postponed my demam. Rasanya Cool Rhino might be helpful dalam situasi2 yg camni.

1 Dec 2011
Start je enjen kete pagi nih, aku dah takley pikir benda lain da sbb dah tau yg petang ni bini aku nak masuk bilik mengeram da. Latest by 5 aku kene hantaw dia kt Pantai. Sampai opis, aku godek tray aku soh kasik empty. Semua dah out, now kena last lunch wif my geng2 pestol. Time tu, sedap camner pun makanan dah rase cam makan kertas jek sbb ati da kat rumah da. Tima kaceh jugak kt BFF aku Angah Fiza for da advanced bb gift tu. Cantik, aku suke sangat tu. Doa korang mengiringi kepulangan aku pada petang tu geng. Cool Rhino yg aku pulun dari smalam pun dah 4 botol abeh n kompem x jadik demam! yeahh!

Aku sampai rumah jek dah ada macam2 beg tunggu depan pintu. Sumbat everything dalam bonet, mandi n solat asar n kitaorg terus gerak ke Pantai since nak kene register before 6pm. Aku bajet kalo dia dapat bilik singe jek, malam ni aku nganCami nak start bekampung kat spital sambil nunggu kelahiran bb. Tanye punye tanye bilik single full, deluxe single pun full...jawab eh nak kena tunggu besok la baru ada. Takpelah, dah janji ngan Mak Tok pun nak tido kt rumah depa malam ni. 8.30pm, dlm ujan lebat tu aku ngan Cami mule la wat hal bujang ni n g makan kt bomba berdua. We bought nasi goreng for Lin n Cami yg sedey nk tinggalkan ibu dia kt spital gotong royong jgk habiskan nasik goreng ibu dia tu. Then, kami chiow balik rumah maktok n disitulah bermulanya kesentapan Cami yg besoknya nak jadi abanggg.

For d first time in his life, malam ni dia x tido ngan ibu dia... siap sentap ngan aku sbb tinggalkan ibu dia sorang2 kt spital. Taknak aku tidokan n last skali tok ayah je yang berjaya tidokan dia...aduhai...cedey aku beb! Dah lama dia tido tu aku g amik dia n bwk dia tido ngan aku lam bilik. Cam aku jugak, tak lena dia tido sebab aku sorang je ada kt sebelah dia...last2 lelap jugak aku until alarm jam aku bunyik kol 6 pagi....
Ni la si kecik yg suke bejage malam ni..

02122011 - Today is da Day

0600 aku dah bangun. Mandi2 terus siap2 g wad Lin.


0630 dah sampai kt tepi katil dia. Baru lepas solat subuh.


0645 nurse sampai n siap2kan dia utk standby for surgery. Lepas je dia pakai baju operate tu, Lin paut tgn aku n mintak ampun banyak2 n halalkan segala2. Fuh, sedey gua beb! Cas2 nak g jaoh jek minah neh. Aku folo dia sampai kt bilik standby. Anaesthetist  (betui ke ejaan aku ne) Dr Satbir da standby n siap guide aku p changing rum. Cam time nyambut cami dulu, lagi skalik aku kene pakai baju doc bedah nih n tunggu kt lounge. Perut da lapow, ape pun lom jamah lagik pagi neh. Ati dok risau abeh da neh...

0830 sharp Dr Satbir td tu dtg jemput aku masuk dlm OT. Cam aritu jugak, aku nampak bonet Lin dah terbukak dah..fuh, tu dia kaki kenit anak aku nak ditarik kuwar da tu.


0847 Dr Satbir soh aku berdiri utk tgk "kelahiran" anak aku ikut bonet Lin...


0849 "kuwwekkk" .....Alhamdulillah, suara pertama dia aku dengar. Sungguh comel n lantang tangisan zuriat aku yang kedua. Meleley air mata hepi aku beb...dem, Dr Satbir tepuk bahu aku. CONGRATULATION to u Mr. Adin. (siapa lak bgtau dia nickname aku tuu??).


0855 bb aku dah siap dibersihkan luar dalam n dibedung. Nurse pass kat aku soh azan. Terus aku azankan kt telinga kanan n iqamat kt telinga kiri. Then, Dr Satbir bwk bb tu kt Lin soh Lin kiss da bb. Then, wave my hand to Lin as doc nak tutup balik bonet dia tu.


0920 aku start called everyone. Mak, omak, Nana, acik, ateh, omak etc2. Tak ketinggalan Angah Fiza pun aku tiponkan sbb tak sesabo nak share berita gembira ni ngan korang semua.


1230 baru Lin kuwar OT since ada insiden yg melambatkan op patient released dari recovery unit. Kali ni dia sedar n dpt tengok semua kerja2 yg Dr Wong & crew buat thru lampu OT tu. Glad to see her smiling at me as masa Cami dulu dia memang tak sedar time dibawak masuk ke wad.

Selesai satu bab, bb ada kt nursery lagik. Sempat amik few shots while waiting for Lin to recover tadi.

Ada lagik kisah menarik lepas ni. Jgn kemana2 geng. Teruskan baca entri aku satgi. Mesti korang nak tau keindahan sifat Al Rahman & Al Rahim yang membantu dan mempermudahkan tugasan aku sepanjang proses kelahiran anak aku ni.. foooloooooooo my next entri oke.. :-)

Batas Masa

korang tengok je la tahap besawangnya blog aku nih sejak entri las aku time raye hari tu. Nak kata aku bz sangat pun tak jugak. Maybe sebab takde berape angin nak nulis kot. Aku tengok geng-geng bloggers lain steady jek masuk entri hari2. Derang banyak mender nak nulis kot..hahaks! Ni aku datang nak sapu sawang jap. Satgi aku wat entri pasal wats going on selama aku tak bape nak online neh yek geng! Jap nak amik penyapu pinjam dr Heri Poter jap. 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers