Khamis, 6 Disember 2012

Pic's taken by Abg Cami...


Semua gambo ni was taken by Abg Cami semasa aku tengah leka-leka buat keje lain. Tengok la kat bawah ni memacam gambo kete dia petik guna tepon aku tu..pagi tadi masa nak clearkan fon baru nampak punye la banyak gambo yg ade kt dalam fon tu... semua ni dia yang amik. siap cari angle yg aku tak tahan tu...wakaka!
 
Lori Mater

Lego F1
Van Doraemon

Ferrari Lego

awek iklan kolget pun ade?? mana la dia amek nehh

Cheh, gem kambingg ??



Bola sepak camne leh der tas katel nehh


Balai polis

ahlil bomba adik dodek (rupe adik la comel eh)


Bantal Lighning Mc Queen

Rabu, 21 November 2012

Selamatkan Gaza Ya Rahman...

Tiada perkataan yang dapat meluahkan kesedihan kita apabila melihat dua keping gambar kat bawah ni. Gambar si ayah mengucupi dan meratapi pemergian keempat2 anaknya yang syahid dalam tragedi pengeboman Gaza oleh puak rejim Zionis Israel Laknatullah.

Ciuman terakhir ayah kepada para syuhada'
 Di wajah-wajah syuhada' kecik ni, takde sikitpun riak sedih mahupun kesakitan yang mereka tanggung. Nikmat dan rahmat dari Allah swt yang tergambar dan melambai kedatangan mereka ke syurga Allah swt. Semasa entri ni ditulis, pihak tentera rejim sedang mengepung masjidil Aqsa yg terletak di tengah2 Baitulmuqaddis.
Sayunya hati melihat keadaan cenggini..
Pic yang ni aku lagi sedih sebab si anak puas la tunggu ibunya bangun tanpa mengetahui yang ibunya dahpun syahid. Banyak lagi gambar yang ada dalam internet, cuma aku je yang tak sanggup nak post sebab sedih dan ngeri dengan keadaan yang terjadi kat sedara seagama kita ni.
Ibunya syahid
Kepada semua saudara Muslim yang berada di seluruh dunia, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan bantuan kepada para saudara dan sahabat kita yangs sedang berjuang mempertahankan tanahair tercinta daripada serangan musuh Allah. 
Ciuman terakhir buat anakanda yg syahid
Al Fatihah juga aku panjatkan kepada para syuhada' Gaza. Semoga roh kalian berbahagia di sana di samping Rabbul Jalil. Allahu Akbar!

Jumaat, 16 November 2012

Hepi Befday Jijie - 9 Oct 2012

Lama dah sebenarnya entri ni dah dok dalam blog tak publish2 lagik. So, hari ni kasik lepas la ini entri keluar utk brader kita sorang nih.
Kek orang besdey
Hari ni adalah hari besday kepada salah sorang daripada dek bradek kitaorang. Nak gune ayat buku Bahasa Mesia sikit - Oleh yang demikian, sepasukan yang terdiri daripada mereka bertiga ini telahpun bercadang untuk mengadakan satu mejelis memperingati hari lahir sahabat kami tersebut. Adakah korang tau siapakah yang akan diselebret itu? 

Bukan dak angah la punyer besdey Din..ko ni knape?

Der yg kita selebret ni nama dia Azizi, tapi kitaorang panggil dia Jiji jek. 9 Okt 2012 genap la umo dia 32 tawun. Anak baru 3, bini masih satu, kawan of kos la ramai ado. Member FB pun dah ade 5-6 ratus org, lom kawan kat luar lagik. Awek plak....ermm...?? Dulu ramai aa, pas kawen ni dah xde dah, kata dia la.. kalo nak tau lanjut boley tanye kat dia sendiri okeh.

Si Angah kemain meriah lagik
 As usual, kitaorang beli kek befday pehtu panggey tuan empunye diri utk dibesdaykan. Dah 5-6 tahun dah kitaorang wat seremoni gini kan, saja nak kasik dek badek opis ni hepi je ler. Kredit to Cik Bai, lagik sorang femeli member yg tengah coti besalen lak. Kalo dia ader, sure kek beso ni tak cukup ni...huhuhu (ko jgn plangkong aku Bai, acik tak larat nak larik sebab perut da muncet).

Apalagik, kasi potong aa itu kek
 To our beloved Der Jiji, hepi befday tu yu. Semoga dilimpahi kesejahteraan, kebahagiaan, kenikmatan hidup , kekayaan dan kesihatan yang baik di usia yang baru. Kasik potong iteww kek, kasik serve sama kitaoreng nih... opps..aku tetinggal satew gambow gedix2 dari dua hot mama ni...


Amboii, moncong korang punya la panjang siap buleh buat serunai ... wakaka... kemain jadi lagik Cik Lin n Cik Ngah memoncongkan molot ala-ala Joyah Sport diaorang tu. Sabor dulu makcik, tuan dia tu kite panggey dulu soh blow de kendel. Pehtu hangpa nak hembuih napaih naga ka bubuh pi la cheeeq.

My beautiful dodek

Ni adik si Cami. Nama dia Zihni. Kau rasa kat dalam mesia ni baru dia sorang je nama Zihni. Dalam blog aku ni tak bape banyak aku publish pasal dodek sebab dia ni memang mamat yang sempoi. Anak abah ni memang "hassle free" la katakan. Segalanya jenis senang. Nak makan senang, minum senang, makan ubat senang, tido senang. Segala2nya senang. Takde hanky panky pun. Dulu masa baru lahir kuruih bukan main lagik, sampai kitaorang panggey dia Hang Kebun cam abang Cami dulu. Alhamdulillah, berkat doa dan jagaan yang baik kat dia, now dia membesar dengan sihat dan dah nak pandai jalan dah pun. Baru 11 bulan, bulan doblas ni cukup aa setahun umo dia. Mesti korang tekejut tgk mata dia yang bulat tu kan? Haha, anak aku  ni memang spesis budak yang bermata besar. Mata kaler coklat pekat, sangat aktif dan lasak and now tgh sibuk pektis nak berjalan. Gigi baru ada empat batang. Sangat pandai nak mamam. Nampak je makanan semua dia nak. Nasik, bubur, karipap, prune, epal, burger ?? (abah punye Big Mac pun ko nak sapu dikk?? mane buleh!)

Kisah yang nak aku kisahkan ni adalah berkenaan dengan pengorbanan si adik ni sepanjang abg sakit kt spital. Masuk yang ini, dah dua kali la adik ni berkorban stay kat spital untuk turut sama menjaga dan menghiburkan si abang yang kena tahan kat wad spital. Kali first haritu masa abang kena bronco pneumonia masa awal bulan pose. Balik rumah je, dia punye turn jugak sakit...tp tak lama dan tak berapa serius cam abang kena sebab beliau tak takut makan ubat. Semua dia ngapp...nyam..nyam.. siap nanges nak lagik tu. Kali ni pun nasib kurang baik, kena infection jugak - mild Bronchiolitis. Dapat kat dalam ward jugak la tu sebab jaga abang. Mesti korang taney aku, nape bawak skali dia dok kat ward, dia kan kecik lagii ? Bukannya aku taknak tinggalkan dia, tapi aku nak buat camana, pengasuh dia pun collapsed sebab kene demam selesema, maktok n tok ayah pun demam selasema jugak. Ibu dia nak jaga dua2 anak depan mata, so risikonya penyakit tu for sure akan jangkit kt salah sorang yg sihat.

Hari rabu batuk dia makin kuat, so kitaorang bawak g pediatrician n confirm kene mild bronchiolitis. Sikit je la pun tapi lung ada sikit wheezing. Semalam pun bawak g amik neb lagik and hari ni petang kena bawak g specialist balik to check dah ok ke lom or need more neb lagi ke tak for remedial. Ubat pun no problem, dia amik semua medication walaupun dah pandai sembur ubat sikit2. Semalam dah try bediri lepas tangan. So comel. Tapi masih goyang lagik to make a move. InsyaAllah he's getting better dan aku yakin lagik sebulan sure dia dah boleh jalan jatuh dah.  

Cami sakit lagiiiii. . .

Cian anak abah...sob..sob..
Cami masuk wad lagi. Kali ni pun kesah sakit lama jugak. Sakit time sebelum raye haritu a.k.a. bronko pneumonia. Aku pun dah tak tau nak buat camne ngan mamat ni since kerap sangat dah masuk wad. Untuk pengetahuan korang, dalam tawun ni je dah 3 kali dia masuk wad. Masa awal tahun masuk wad sebab kene jangkitan HMFD (tangan kaki dan mulut), masa awal pose haritu kene bronco-pneumonia. Skali senin haritu pun kene pneumonia gak. Seingat aku memang takde sangat aku dekat2kan dia dengan orang or kelompok orang yang sakit. Dalam entri aku yang lepas tu aku dah ade citer pasal Cami muntah 7 kali sebelum raya haji tu kan. So, aku suspek pada taim tu le dia dah infected oleh kuman bronkitis tu. Cuma masa tu kitaorang dah kasik dia ubat ajaib yg cuma remedi bagi illness n fatigue tu je. Now after 2 weeks barulah kuman menjadi kahak yg tumbuh membiak dalam bronkiol n the result = BRONKO PNEUMONIA. Bubuh ubat bontot masa demam cuma bertahan selama 4 1/2 jam je. Pastu demam dia naik dgn cepatnya. Aku dah dpt hidu apo sobab domam yg sangat mendadak ni, cuma tak berapa pasti yg itu adalah penyebabnya. Kali ni beliau tu kene takde tanda. Takde batuk kuat or kerap, takde nampak penat, kelopak mata x lebam dan yg paling aku heran dia tetap aktif walaupun suhu dah 38'C lebey. Pagi tu kol saplow aku bwk dia g Hospital Pantai. Sebelum tu aku dah sumbat voren hijau dalam bontot kol 8.30am. Guess what? Kol 11 am time aku pusing2 cari parking kt besmen hospital, dia dah start menggegel dah. What? Baru 3 jam dah gigil ke beb?? Sakit pe ni abg Cami? Tak sempat tunggu nak g klenet Dr Foo dah ni. Aku drop je diaorang kt ER n aku g cari parking semula kt besmen dgn dodek. Tgn kanan drive, tgn kiri pegang dodek. Aku bley plak lupe nk nak boh car seat dodek kt dlm kete si Lin ni. New lesson for today, always put your babyseat dalam bonet walaupun tak pasti bila nak pakai ye Din??

Lepas nam hari, darah 3 botol (kecik) kene amik, kompem dia kene bronko pneumonia tu. Doc yg ganti Dr Foo hari jemahat tu pun somebody yang expert in Immunology  Alhamdulillah, Allah nak tunjukkan sesuatu to us as dalam tahun ni je dah 3 kali masuk wad. Our pedia pun kebetulan takde on that day dan dia yang replacekan utk check Cami. So, maybe ada jalan disitu yang membolehkan sistem imun Cami dipertingkatkan lagi supaya boleh tahan serangan dan jangkitan penyakit macam sekarang ni. Sabtu, gud news Cami dah bulih balik. But i won't be sending him back to school in these few days ni sebab nak kasi dia relax dulu dan recover sepenuhnya daripada illness dia tu. Biarlah dia duduk kat rumah tok dia dulu. Next Sat ada appmt dgn Dr Amir Hamzah, we'l find out what we can do to improve this boy immune system okeh :-)

Rabu, 31 Oktober 2012

Ekjoss aku masih tesumbat

30 Okt 2012
Aduhai guys, masuk hari ni dah genap seminggu aku rasa tak sedap badan. Maybe dah terlebih berat ke, gomok sangat ke dan kurang makan vitamin C ke yg nyebabkan aku mudah terkena jangkitan penyakit camni. FYI minggu lepas Cami aku dah start batuk2 n selesema dah. Paling teruk skalik hari Khamis tu aku amik dia balik dari skul dia muntah n habis bertabur nasik n vegi yang dia makan tu. Tak cukup ngan tu, lam kete dia siram lagik seat belakang sampai tak rupa seat dah...aderrrgghh! kira punye kira smpi 7 kali shower dia kasik. Nak tau kesahnya korang folo jek citer aku nih...

25 Okt 2012
Aku ngan Lin terus bwk dia g ER hosptl Pantai utk check apa yg salah. Bila doc check, xde apa2 yang salah. Cuma pleghm ngan selesema tu jek yang maybe sebabkan dia rasa mual everytime dia makan or minum tu. Demam pun takde...so aku rasa a bit relief la. Mana taknya geng, besok nak Raye Korban dah ni, ko jangan jang, tetiap kali nak raye je ekau mulo la nak domam la, nak sakit itu ini la etc2...ok aku pun bertahan lagik...Sayu dengar takbir raya time memalam camni. but, dah tak bape rase sangat sebab ni dah kali ke berapa dah x beraya ngan family kampung pada malam raya. Malam ni befday Cami, tapi sejak dia kuwar dari ER tadi sampai la skang ni mata takleh nak celik. Tadi aku try kejutkan kejap tapi mood tak berapa layan sangat, minum susu sebotol pastu tido balik. Syukurlah dia dah tak muntah hasil suppository yang ER masukkan tadi. Ada ubat makan yang doc kasik jugak dan we will give him tumoro moning je la. Kek eskrem dah beli kene simpan dalam fridge je la nampaknya (today is his besday wehh-25 Okt 2012). Genap pat tawun dah dia... hadiah pun malam kemarin dah beli basikal tandem boley naik 2 orang skali ngan adik. Sate 30 cocok aku ngan Lin dah belasah 20 cocok, 10 je tinggal utk Cami kalo dia selera nak makan nnt.

26 Okt 2012
7.30am dah siap lengkap berpakaian nak solat raye...aku pun hangkut segala barang2 n anak bini lari g rumah maktok, rushing utk solat raye 8.30am kt masjid Kerinci.Sampai ngam2 kol 8.30am, lari g semejid. Seb bek sempat n join jemaah solat atas parking kete. Dah selesai solat balik n selebret besday boy Cami bucuk. Belah kek eskrem n ngap ramai2 kt rumah maktok. Time tu aku dah rase cam lain sikit dah badan, but aku assumed yg aku ni penat je kot.. Petang lepas solat Asar kitaorang gerak balik kampung. Jalan clear sebab pesta jem dah berlangsung semalam lagikk. So, kol 7.10pm dah sampai rumah omak n jumpelah ngan anak2 buah den yang sungguh meriah iteww. Cami as usual, tido lam kete n Alhamdulillah dia pun dah kenyang makan masa kat rumah maktok tadi. So be it la, tido la jang. Besok pepagi kita nak gerak g semelih lombu pulak utk kekah adik dodek kt dusun abg lang.

27 Okt 2012
Kol 5 pagi dah bangun n tak sabar nak join aktiviti korban ni as this is my first time masuk share dalam korban ni. Sebelum ni jadik AJK melapah tu pernah la n dapat hasil korban tu. Then, guess what? Cami muntah balik dalam kete n aku dah mule risau dah...apep pulak la jadik balik skit budak ni? Semalam doc ckp takde ape2? Kol 8 am sampai kt dusun abg lang @ Serting nun. Lombu dahpun tunggu. Beliau pun cam tau je yang beliau akan kami hantar ke syurga sat lagi. Tak banyak ragam pun. Senang je nak numbangkan. Then sempurnalah ibadah aqiqah utk adik Uwais Zihni bucuk tu as aku tumpang satu part daripada korban depa tu utk kekahkan adik. Abg Cami haritu dapat 2 ekow kambing. Alhamdulillah rezeki melimpah. Setel je rush g Bahau lak kol saplow sebab Lin sakit perut plak n tak tau ape puncanya. CAri klenet yang cam ok sikit semua tak bukak, las2 g klinik bongok tu. Doc dia jenis taliban sikit, langsung x check. Main agak2 je n cakap bini aku sakit perut sebab angin. Angin ape ngok? Camane ko tau bini aku ni sakit perut sebab angin sedangkan ko tak periksa pun? Baik ko balik rumah, tanam sayur banyak2 daripada ko makan gaji haram camtu. Pastu nanti hantar bil perubatan mahal2 kat opis orang. Nak tak nak, minah ni pun makan la jugak ubat angin yang doc ngok tu kasik. Sakit perut sebab cirit birit dah kurang, tapi lagi satu sakit tu makin sakit.... pain killer pun xde. So petang tu lagi skali ktorang g klinik utk soh doc tu scan plak ape yang sakit. Now barulah dapat ubat painkiller utk survived 2 hari sblm dia wat appmt ngan gynea on monday. Aku pun mintak jugak ubat coz rase domam amek2 + dah kuwar batuk berkahak dah. Kids - Cami n adik very happy coz ramai der kt rmh uwan tu utk layan dia memain. Both of them loooks good so far. Malam aku makan ubat n terus tombang! Nitey nite guyss...

28 Okt 2012
Hari ni pun sore dah tak kuwar...demm, aku cakap cam org berwhisper je nih. Badan jadik sengal2 (rase cam org demam tu). Batuk makin menjadik. Aku makan ubat n again aku collapsed. Cepat2 pack barang, siap2kan apa2 yang patut n kol 3.30pm kitaorang gerak la balik KL semula. Kuwar je simpang jln besar tu dah jem dah sampai pekan Rembau. Pastu jalan lagik terpaksa harung jem sampai Sg Gadut. Tak pernah buat dek orang dari Rembau nak ke Seremban amek masa sampai 2 jam...aduuuusss! Terus aku masuk hiway somban KL n then layan slow moving plak sampai nilai then barulah flow ok balik. Arrived @ KL kol 7.30pm. Cam perjalanan dari Penang ke KL lak gamaknya. Sampai rumah, setel apa yang patut, makan ubat n TIDOOoooooOOOoooo....zzzzzzzz.........

29 Okt 2012
Malasnya nak gi keje... badan pun tak berapa sedap lagi nih.. tapi pe nak buat, layankan je la. Nak g klinik pun malas sebab ubat ada lagi ni. Pagi ni kene hantar Cami kat rumah maktok sebab nak pebetuikan perut dia yang tak bape ok lagik tu. Pastu nak ejas balik makan dia etc2 la.. Lin pun x koje sebab dia der appmt ngan gynea pasal illness dia tu. aku lak tak dapek ngantar sobab banyak kojo yang lom setel kek opis ni. dgn ostelnya, bumbung bocor lagi, bajet2 etc. Sebelum ni kalo anak2 ke ibunya yang sakit memang aku folo masuk skali sbb aku insist to know apa sakit depa. But today I can't. Just wait for the report je la ptg ni n c how it goes.

Dah habih baco kan? So moh la kito bekojo semulo baramai2. Get back to work guys! Bekojo la kito sekueknyo...haha




Isnin, 10 September 2012

Nu baby in da haaauuusss !


Masa bersalin : Sabtu, 8 September 2012, 1845 hrs
Kaedah bersalin : Normal
Tempat : Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur
Berat : 2.95kg
Nama bakal ditaruk : Kaisara Imani






















Sorry Imani, abah tak sempat nak nulis lebih lanjut coz abah lom sempat lawat Imani lagik. Anyway, tahniah kepada my other clan Cik Bai & Shahran for the babyborn. Abah doakan Imani akan membesar kuat dan sihat seperti abang Khalish yg sungguh comey lotey, tangkas seperti Abg Cami & Zihni yg dah jadik spyderman abah,  lasak macam Kak Ayish & Abg Izzaq, cute cam Kak Qaisara & Abg Rayyan, sporting n cheerful cam Abg Aqmal, Fiqrie & Kak Yiyin.

Puase & Raye 2012

Fuh..fuh..fuh...uhuk..uhuk.. uhukk!! Berabuk abiss la aku punye blog neh. Dah lama tak terjah masuk. Banyak bulan gak la sejak aku taruk last entri tu. Well, life must go on guys!

Ok, back to my entri. Bermacam2 peristiwa dah jadik sepanjang aku dalam silent mode ituhari...whereby Cami masuk ospital balik sebab kene pneumonia n until now he still under medication. In fact, we've spend our time in pediatrician ward for a week, same as what we've been through last 2 years in Pusrawi! Kali ni kat Pantai Hospital plak..aduhai. Seminggu makan nasik sejuk time bersahur everyday. Sabor je la aku. Hari yang ketujuh tu baru discharged and boleh berbuke, bersahur and bertarawikh di rumah sendiri. Tu kesah bulan pose.

A day before raya, Cami demam panas pulak tak kebah2. Siap ngadu telinga sakit n then eyelid jadik swollen. Kesian aku tengok. Las2 aku bawak gi klenet Serena dan guess what? He's infected by sakit telinga berair tu plak a.k.a Otitis Media. Hingus tak boleh keluar ikut idung n masuk lam telinga. Demam quite high jugak sampai 39'C. Malam raya kitaorang mengadap demam dia jek ngan selesema n batuk kuat. Dah ler takut makan ubat, puas pulak kitaorang merengkuh badan dia yang keras2 dok nangkis syringe ubat yang kitaorang huloq dalam molot dia.

Until 3 Syawal barulah demam dia jauh dan terus la baik. Itupun petang tu masa otw nak balik kampung aku, demam naik balik but Alhamdulillah dia aktif. Sampai je kampung, jumpe ngan sedara mara dia...terus ilang demam batuk selesema tu...fuh, belari keliling rumah uwan dia sambil nengok sepupu sepapat dia main bunga api.. but that's raya punye mode sudaa datang balik...

Okeylah..di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kat korang. Maklumlah kan, mungkin selama aku mengarang ni ada terkasar bahasa, terguris rasa, ampun dan maaf korang la yang aku pinta. Lain masa, lain ketika kita boley la bersua di lain entri yang ada, wokeh !

Jumaat, 22 Jun 2012

Belasungkawa utk Abg Wan... 16062012 1615hrs

Sabtu petang... memang tak aku sangka pada tarikh itu, pada masa itu dan pada detik itulah aku kehilangan sorang kawan. Detik 4.15 petang tu jugaklah menjadi detik getir hidup matiku sekeluarga. Sure korang pelik nape aku cakap gini kan? Sebabnya, pada masa tu jugaklah Allah telah "tutup" penglihatan aku seketika (masa tu aku tengah steer 140km/j melewati kawasan R&R Seremban otw balik ke kampung) untuk bagi imbasan kelibat Abg Wan sebagai 'alamat' yang dia dahpun pergi meninggalkan kita semua untuk selama2nya! Nyaris aku tak sodok belakang van Toyota Hiace putih tu, since imbasan tu memang betul2 membawa aku jauh ke satu ruang lain yang aku pun tak pasti dimana. Jeritan Lin & Cami lah yang terus menyedarkan aku dari "ruang kosong" tadi tu. Sepantas yang boleh, aku tarik steering tu ke kanan menjauhi lori yang hampir menyepuh aku di sebelah kiri & van Toyota yang hanya ada sekitar beberapa cm je dari bumper depan keta aku tu. Nauzubillah! Syukur pada Allah kerana masih memberi aku ruang untuk bernafas dan berkongsi kisah ni dengan korang semua.

Terus aku cari kawasan rehat, aku stop dan tak lama tu aku received call from Radzuan's phone. Tak sempat aku angkat dah disconnected. Aku redial balik nombor tu tapi x dapat. Elok je aku letak, terus masuk satu call lagi dari Kak Rok. Aku pikap call tu, terus perkhabaran sedih tu masuk dalam corong telinga aku. Hancur luluh hati aku dengar khabar duka ni. Aku try call balik no Abg Wan dan suara mude sikit dari Abg Wan yg jawab.  "Che Adin, ayah dah takdeeeeeeeee. Dia baru je meninggal tadi, accident dengan kereta kat Btg Kali...", kata Hidayat, anak Abg Wan. Rasa macam dihempap batu kepala aku yg tengah bedenyut2 dihentam migrain (padah bejemur tengah panas tengahari tadikk).Then, Zol tepon, Angah tepon, KK, Hj Sab, Pian Yahu & banyak betul aku received calls & sms daripada member2 opis bagitau berita sedih tu kat aku. Jemm aku beb! Sungguh aku blurr sebab baru bape hari lepas aku bergurau2 ngan Abg Wan n now u're telling me that he's GONE??

Sampai je kampung, aku terus roger budak2 opis yang dok hampir ngan rumah Abg Wan untuk wakilkan aku. Anything, just roger aku balik. Cik Mat Aziz, Aji Sab dan Zol antara yang terawal sampai kat lokasi kejadian. Kak Rok pun banyak bagi info pasal persiapan pengebumian Abg Wan. Depa jugaklah yang update aku about what's happening on that nite, since aku memang tak diberi kesempatan dan kekuatan untuk patah balik & pay my last respect to Abg Wan. Aku terkilan sebab tak dapat join geng2 opis yang lain sembahyangkan dan kebumikan dia pada malam tu. Kalau dekat memang aku gagahkan jugak. Kena pulak family dia nak kebumikan jenazah malam tu jugak as advised by doctor. Kalo kebumi pagi besok, memang sempat la aku rush and tunggu je kat tanah perkuburan islam kat Kerling tu. Memang flat habis aku malam tu sebab banyak sangat kejutan yang aku dapat hari tu... ape yang aku boleh buat, just memanjatkan tasbih, tahmid dan doa kepada Allah supaya merahmati roh sahabat kami tu. Tak putus2 jugaklah surah Al-Fatihah dan Yaasin aku panjatkan kepada roh Abg Wan sebagai "balasan" kepada ketidakhadiran aku utk meneman perjalanan terakhirnya tu..

Ahad pagi, lepas subuh Kak Kathy call aku dan ceritakan apa yang dah terjadi sebenarnya kat Abg Wan. Memang aku meraung la dengar kisah tragis ni. Dah 3 hari dia mengajar kursus aluminium PRT tu dan 2 malam dia tak balik rumah coz dia tidur kat hostel dengan penyelaras kursus. Lagipun rumah dia jauh nun kat Batang Kali tu. Pagi tu, jam 0600hrs dia called Lan Jaga and ajak Lan gi minum kat Mak Ton Bistro. Dia paksa Lan Jaga bangun tido. "Ko mesti datang jugak, wajib ni", kata Abg Wan. Siap served Nasik Lemak sebungkus ngan teh tarik untuk Lan. "Den belanjo" kata Abg Wan. Masa diaorang bekpes tu, Abg Wan pesan habis2 kt Lan Jaga suruh sampaikan salam mintak maaf dia kat seluruh kengkawan opis. Siap sebut nama each one of us. Selain tu, banyak lagi la amanat dia kasik kat Lan Jaga suruh sampaikan kat anak2 & wife dia. Aku yang mendengar cerita ni pun x mampu menahan sebak bila teringat detik2 sblm pemergian dia tu. Abg Lan Jaga pun x dpt menahan sebak bila ceritakan semula kisah ni kat aku. Abg Wan siap suruh wife n anak dia datang amik beg baju dia kat hostel sedangkan xdelah banyak sangat pun baju yg dia bawak. "cepat sikit datang, takut x sempat lak kang", kata Abg Wan kat wife n anak2 dia. Lepas abis kursus, dia pun gerak balik rumah, oldow ditegah dek peserta kursus sebab ujan renyai taim tu. Dia kata "bini ngan anak2 aku tengah tunggu aku kat rumah". Abg Wan nampak letih sangat mase tu, sebab dah 3 hari 2 malam dia all out ngajar dak kursus. Panggilan Khaliqnya lebih kuat dan dia balik jugak ke rumah dalam hujan2 renyai tu..

Lebih kurang kol 1615hrs, sampai je kat selekoh tu Abg Wan terjatuh motor. Saksi kejadian cakap, dia terpelanting dari motor, berguling ke sebelah kiri jalan and suddenly datang kete dlm keadaan laju dan melanggar Abg Wan. Teruk jugak dia cedera dan banyak tulang dan organ yg rosak sebab termasuk kt bawah kete yang tengah laju. Akibat cedera teruk tu, Abg Wan 'dipanggil pergi' di tempat kejadian. Dia eksiden dalam jarak 300meter dari rumah. Dah nak sampai sangat dah... malam tu jugak la anak2nya bercadang nak celebrate hari bapa ngan Abg Wan...aduhai...sedihnya aku bila terkenang kat budak2 tu. Yang paling aku sedih, anak dia si Angah tu dah siap masakkan lauk fevret Abg Wan - sambal tumis udang dengan petai untuk derang makan sama2 malam tu. Tapi, berserah, pasrah serta redha tu perlu kerana ni semua adalah ketentuanNya. Sebagai orang beriman, aku kena tabah. Aku hilang kawan, isteri hilang suami, anak2 hilang ayah tempat bergantung. Ofis lak dah hilang sorang jurulatih expert dalam bidang aluminium. Kat mana aku nak carik expert cam dia?? Only few in the market dan memang totally tak sama dengan Abg Wan...

Isnin, seluruh ofis diselubungi duka. Takde sorangpun yang ada kat ofis tu yang ceria. Everybody macam tak percaya yang Abg Wan dah takde. Kitaorang pakat ramai2, kita gi ziarah family Abg Wan gilir2. Aku ngan dak2 ni pegi sebelah petang. Sampai je kat rumah memang suasana masih hiba. Kitaorang ajak si Hidayat ceritakan ape dah terjadi. Rupa2nya dah lama diaorang peratikan kelakuan2 ganjil pada Abg Wan. Cuma kami yang kat ofis ni je yang tak berapa perasan perubahan dia. Kena pulak memang pangai aku ni suke berseloroh je ngan Abg Wan. Dari mule2 masuk keje dulu sampai la skang. Kalo ada masa terluang je petang2, memang kalo bukan aku, dia la yang datang kt tempat aku nyembang2 macam2 hal. Aku pun memang suke nyakat dia, fuh memang menjadi sangat aaa kalo kitaorang berdua ada. Tapi skang, semua tu dah takde dan dah jadi sejarah. Aku rase sangat kosong kali nih... memang kosong without him aroud. Bestpren dia si Abe Lan tu pun sure sedey kan... dah biasa berdua kesana kemari, alih2 tinggal sorang. Aku faham perasaan Abe Lan tu.. sangat faham.. sebab tu aku ajak dia pegi Kerling petang tadi...

Dah dekat seminggu, hari ni baru la aku berkesempatan gi melawat pusara Abg Wan. Now, yakinlah aku yang dia dah takde. Luput dari mata tapi tidak di hati. Indah lokasi 'rumah baru' yg dia selalu sebut tu. Tempat pun senang nak cari. Sedarlah aku jugak yang hari2 aku lepas ni takkan sama dengan minggu2 yang lepas. Takde lagi Abg Wan yang tinggi semangatnya, kuat fizikalnya dan tajam pemahamannya dalam sesuatu perkara. Cukup rajin membantu bila kita perlu tenaga dan kederat dia. Takde lagi "orang kampung" aku kat ofis. Takde siapa lagi yang buleh berkongsi cerita2 daerah Rombau dengan aku kat ofis. Gugur sebutir bintang yang gigih mengasuh anak bangsa Melayu dalam bidang perabot aluminium. Satu Malaya dah hilang Abg Wan. Bukan aku je yang kehilangan, bukan Angah je yang sedih, bukan Lan je yang sunyi, bukan Hj Sab, bukan Hj Mahmud, kak Rok pun bukan, tapi seluruh Malaya... dah hilang Abg Wan!

Sekali lagi aku titipkan al-Fatihah buat roh Abg Wan. Hilang dimata tapi dihati, kau tetap ada. Semangat dan kegigihan Abg Wan tu akan tetap kami teruskan dan tersemat di hati kami sampai bila2. 

Takziah jugak untuk balu Allahyarham, Kak Ain sekeluarga. Aku doakan semoga korang tabah menghadapi dugaan dan kehidupan baru tanpa Abg Wan di sisi. Apapun, kehidupan perlu diteruskan as perjalanan kita masih jauh.. menuju negeri abadi tu. Kita pun akan kesana satu hari nanti kan, so cekalkan semangat untuk menempuhi hari2 mendatang. My doa will always be with u guys..

Khamis, 29 Mac 2012

Jenjalan Penang 2012

Entri ni aku dah buat lama dah. Tapi disebabkan macam2 kekalutan yang melanda lately aku tak sempat nak publish lagik dalam blog ni.

4 Februari 2012, tak plan sangat pun nak turun Penang time gini. Tapi tangguh punye tangguh nanti tak jadik lagik la. So, what we do, kita gi je la Bu! Before that kitaorang dah call hotel fevret utk booking bilik fevret jugak. Lepas balik dari servis kete, terus loading barang lam bonet n here we come! Otw tu singgah Tapah as usual, Cami pun nak melabur pulokk.. singgah dulu situ n beli donat untuk si Mat Hasan yg dok tunggu kami kat Bkt Jambui nun.

Petang around kol 5 kitaorang pun sampai la kt Penang. Check in kat hotel fevret and then aku cam biasa pi la jalan kat restoren fevret jugak kat belakang hotel yang jaraknya just 200 meter jek. Kayu Nasi Kandar memang our choice kalo stay kat Bkt Jambui ni. Cami punye la rembat roti kosong tu sampai abes sekeping dia sorang jek makan. Tu lom citer nasik kandaq lagik (yang ni aku la yang perembat). So malam tu tak gi memana n just lepak berehat2 jek kat bilik layan mata nagn dak comey berdua n ibu dieorang... Plan besok gi mane beb?? Ahah! Hangpa tunggu until aku tulih dalam enri len pulak naa...

Rabu, 28 Mac 2012

Welkem home Cik Bai

Pepagi morning aku bukak FB n ternampak status Bai n Bam Bam tulis yang derang sefamily dahpun safely landed di KL this morning. Alhamdulillah. Skejap je pun setahun. Aku still tingat lagik how hard si Bai nak wat desicion about going abroad n mintak UPL daripada management. Siap buat research kat website JPA on UPL tu lagik. Aku pun as a superior sangat memberikan galakan kat dia untuk folo her hubby coz it's not easy for her to be here alone with Khalish (as Cami aku pun sama age ngan anak dia). Tambahan lak, dok kat obersi tu pun adalah satu peluang untuk kita experience kelainan budaya n cara hidup klat negara orang, since kita dok sini sejak lahir  dan mengadap lifestyle yang sama jek everyday.

For us, sangat mengujakan jugak since her case ni adalah precedent case for other staff yang might be akan terjumpe kes UPL yang sama macam Bai (if their spouse kena gi abroad or depa sendiri nak ke sana for study ke kan). Kalo aku pun dok kat tempat dia memang aku takkan lepaskan opp ni since peluang gini tak datang banyak kali.


Since then, our clan dah kureng soreng..hahah! (macam berbau perkauman jek statement ni) Makan pun jadik tak syedap walaupun yang dimakan tu adalah makanan terlazat (sebab antu lapow ni ler yg jadik penambah perisa makanan yg ktorang makan n selalu jadik initiator nak makan apo hari tu). Takpe lagik, mamat sebelah bilik gua tu cam hilang punce jek since lu takde.

Anyway Bai, kasik abis ko nyer jetlag dulu, itu fenin2 kasi hilang dulu, kemaruk masakan emak tu kasik layan dulu and baki coti sebulan lagik tu kasik perabis. Ada setahun punye keroje sudah tunggu untuk ko tacap kasi cantik kat sini. Kalo ada free, mai la intai2 kami kt opis nih. Have a gud rest n WELCOME BACK to Malaya. Burger Bob jangan lupe. Sure tu pun jadik one of makanan idaman while u away hari tu.

Hujan pagi

Pagi ni sampai je aku kat hiway, tup tap tup tap ujan lebat turun membasahi bomi ini. Lepas je tol Jln Duta dah start slow muving dah. Seb bek la sampai kt rumah mak tok tak ujan dah. Hantar Zihni lak kat rumah Ibu Liza dia, then drop Lin kat ofis. Otw nak ke ofis dibantainya ujan lebat n now still ujan lagik. Jalan kat depan ofis tu
ofkos la jammed sebab kalo tak ujan pun akan jammed jugak. Hahah!

For that, aku tinggalkan korang dengan lagu Hujan ni untuk dilayann...enjoy!


 

Jumaat, 16 Mac 2012

loosing ma grip!!

Last Wednesday we went to Dr Foo's clinic for Zihni's rotavirus & 5 in 1 jabs immunisation. Korang tau per jadik?? My kenit is ok and as usual, dia just "uwekkk" je sikit lepas kene sejarum. Pehtu kan, doc pun check dia punye heartbeat dan sesuatu yang suspen pun terjadik! Dr Foo terdengar satu bunyik asing dalam jantung Zihni. They call it as a "gallow" sound. Dan dan tu jugak aku dah rase cam terduduk dah, padahal aku tengah berdiri taim tu. Lin jangan cakap aa sebab dia ni mewarisi kekalutan bondanya yang mudah kalut, panik n tak tau pe nak buat pastu. As aku ni memang jenis yang absorb dulu impact yg datang (cam superman lak), so aku layankan jek dengan dengarkan apa instruction Dr Foo suruh buat. "You bawak dia pergi bawah at Heart Centre, pastu buat ECG, then take the ECG's report to Dr Azam (Pediatrician Cardiologist) at Level 2 untuk dia buat scan kat jantung Zihni". Oh man..what is this?? Apakah ini satu lagik ujian untuk aku selepas Cami terkena jangkitan HMFD haritu??

Kemain sengih lagik ye Zihni
Taknak kalut2, terus bawak Zihni pergi Heart Centre, register n then they do the procedure. Tampal all the "stickers" at all places on his upper abs, chest, etc2. Pehtu depa klipkan dengan apekenama tah tu sambung kat ECG plotter....fheww...Alhamdulillah, hb reading just 151 jek. So, bawah 160 is NORMAL...but aku nak tau jugak ape iteww "gallow" sound dan kenapa bunyi tu terjadik?? Dapat result terus bawak jumpe Dr Azam untuk scan pulak. Jantung aku pulak yang DUB..DAB..DUB.. DAB... janganlah apa2 yang buruk berlaku Ya Allah...

Lepas discan dari pelbagai angle, 3D, 4D, echo.. keputusan adalah NEGATIVE dan jantung Zihni berfungsi dengan amat baik. Fuhh!! Barulah reda ribut dalam jantung aku nih. Alhamdulillah, gallow sound tu (bunyi gema ketiga)  memang wujud dalam jantung baby kecik seusia Zihni. Punca? Overwhelmed, baby lasak, excited dengan apa yang dipandang dan didapati. Bila Dr Azam cakap "nothing to be worried about", aku rase cam nak dokong jek mamat tu! Lega sangat. Adik...adik.. kenapa la adik buat abah ngan ibu gelabah gini..hihi :-). Takpelah. As long as adik ok dan sihat, abah dah rase ok dah. Aku doa sangat2 biarlah takde ape2 berlaku kt adik... abah sayang adik sangat2! Abah taknak terjadi ape2 yg tak baik kat adik. Adik kan duplicate abah....hihi!

Maid / Bibik / Helps . . . . perlukah aku?

Pejam celik pejam celik dah pun sampai kat pertengahan bulan Mac 2012..dah nak abes pun suku pertama tahun 2012. Cepat betul masa berlalu, uban pun dah banyak tumbuh n memutih atas pala aku yang jendul nih. Orang tu dahpun umo 36 tawun bulan satu hari tu..aku lom lagik...hahah! Tapi bukan tu yang aku nak citer kat sini geng! Aku kesian kat anak2 aku sebab kurang masa bersama aku ngan ibunya..

Camana aku leh terpikir pasal hal ni. Semalam aku balik rumah lepas keje, sampai rumah je dah pukul 8.00 malam. Letak Zihni atas bouncer, let him bounce. Kemain sengih2 lagik dia kat aku. Cami as usual la, "Nak folo abah gi syolat n syogging (jogging)". Lepas solat terus on treadmill n jogging. Ibu kat bawah suap Cami makan nasik - x jadik folo abah syogging sebab dia lapoww nak makan nasik. Pehtu kan, Zihni nanges tinggal sorang2 lam cot dia tu. Aduhai...ni aku tengah lari punye lari neh...n i felt like such a jerk if i'm not go n get n comfort him up. Aku gi amik dia, boh atas "incik otot" (korang tau ape kebenda menatang ni?) atas katil n kemain senyuk dia tengok aku lari atas mender tu. Sian la anak aku neh kan.... terpaksa membesar dalam lifestyle yang bersifat mengejar masa camni. Membesar dalam kete jek, pegi subuh gelap. Balik pun dah senja bekabut pulak.

Something came across my mind... kalo amik maid, dengan kos yang lebey kuwang sama camni kan.. lagik bagus. Tapi plak, are we ready to have another "alien" in r house? Dah biasa berempat camni, n we are free to do whatever we wanted, alih2 ada sorang lain yang kita kena tanggung n bawak kemana2 plak. Tapi positifnya,  aku leh balik rumah lebih awal,  as early as 6.00pm. Sebelah malam aku leh melayan anak2, spend more time with my family. Segala kerja mengemas, membasuh, menggosok dan me-me yang lain pun dah disetelkan sebaik kita balik ke rumah. Anak2 pun dah ada orang uruskan. Punye la best kan? Time keje pun aku dah leh release sikit konstren on hal anak2 as dah ada orang take care of them. Pepagi x payah nak rush pegi antar abg, hantar adik pehtu antar pulak "orang tu" g ofis. Dedua kete dah leh jalan as "orang tu" pun dah leh drive sendiri gi keje kan?? (skang lesen smpi sg buloh jek...apadaaa..kihkihkih!)

So, bagi kengkawan yang dah ada maid tu aku harap dapat aa kasik OP sikit kat kami nih supaya kami dapat buat keputusan yang bijak on it. Pernah difikirkan sebelum ni dan skali lagik kami terfikir pasal benefit2 kalo ade maid ni. We do consider on negative side of it -  maid lari, curik duit, larikan anak n jual budak2, maid bwk jantan masuk rumah, maid pengotor etc2. Kene konsider baik2.. u guys respond n we'll think about it.

Rabu, 7 Mac 2012

Minggu2 kesibukan

Masuk opis je hari ni dah kene mengadap 3 perkara:

1. Longgokan dokumen2 yang belum disetel dan dikemaskan (baru 1 hari aku takde, meja dah rupe stor baja dah..pe kes?)
2. Auditor2 cantik molek yang dihantar Pak Pie Pedal utk berkenal2an dengan aku... (Ipin suke la tu pompuan cantik2 tu, lupe dia kat dia punye "Adek Baru" dio tu.. haha!
3. Jem jalanraye yang makin tahap "sau kung" kat depan opis aku neh..sampai nak kuwar minam pagi pun stucked dalam jem yg tak bergule tu..chaih!

Aku rasa waktu anjal ni pun sometime menyusahkan sebab bila kita keluar rumah lewat, so akan sampai opis pun lewat. Then, bile lewat jalan kat KL ni akan jem laike hell. Sangkut kt Mahameru, Jln Sentul, Sentul Pasar etc2... balik rumah pun akan sangkut kt kawasan yang sama jugakk... So aku nak kene reset balik skejul aku on pukul bapo nak kuwar rumah pasnih utk evoid jem kt jln2 yg aku lalu selalu tu nanti...

Petang pun rasa lebey hectic sebab kuwar 5.30pm tu taim dah puncak dah tu. Semalam aku stucked @ Mahameru for almost 1/2 jam. Takde masalah ape pun, just disebabkan ujan dan jalan basah dan kete banyak. Tu je...Dis moning nak kene ngadap auditor lagik. Aku nak pass semua kat bos aku la..semalam dia suda hepi2, aku yg kene ngadap awek cun 4 orang yg garang2 tu... hari no korang kerjakan la pulak boss aku tu wokeh oditor..heheh! T ade taim aku boh entri lagik. Selamat bekerjee..



Selasa, 6 Mac 2012

Belasungkawa utk Ongah tersayang...

Ahad, jam 5.20ptg aku dapat call dari Acik. Dia kata Ongah baru je pergi.. just hembuskan nafas terakhitrnya di samping anak cucu tercinta. Aduhai, terpempan aku sekejap. Baru minggu lepas aku datang ziarah dia. Dengan penuh harapan aku nak tengok dia sihat semula macam dulu2. Aku genggam tangan dia yang sejuk tu dan gerak mata dia membalas. Aku tau Ongah sayang aku, aku pun begitu. Ongah ibarat mak aku coz dia kakak kandung mak aku. Dia anak kedua uwan aku. Sangat terkesan, aku kaku disitu mendengar perkhabaran duka tu. Grab my bag, mandikan anak2 dan siapkan barang and put all da things dalam boot kete. Start enjin n pecut laju2. Aku nak berada di sana segera. I want to be with her...

Isnin sesudah subuh aku pergi sana dengan Lin. Anak2 tinggal ngan Acik n Omak dulu. Send Lin balik rumah mak n then aku pegi balik bacakan serba sedikit kalimah suci utk Ongah. Sebak hati aku nih duduk di sebelah tubuh kaku yang satu ketika dulu pernah menjadi pembakar semangat aku, mentor aku dalam ilmu agama, one of female berzanji reciter terkenal di kawasan kami ni dan sorang yang sangat gigih bekerja. Aku takde mak sedara kandung yang lain kat sebelah family mak aku. She's d only one n now she's gone. Ibadahnya tak dapat aku tandingi. Semangatnya dalam membesarkan anak2 pun amat aku kagumi. Sejak aku kecik lagi dia memang sangat sayangkan aku. Aku tau tu. Sehinggakan sepanjang aku berada dalam menguruskan pemergiannya tu, aku dapat rasakan yang dia sentiasa ada disisi aku. Sepanjang masa. Kasih sayangnya tu memang takde bandingan. Walaupun Ongah dah takde, tapi Ongah tetap hidup dalam hati ni. Dalam aliran darahku ini ada semangatnya. Aku ada rasa sedikit kesal jugak sebab tak dapat lawat dia selalu semasa dia terlantar sakit. Aku sangat2 bz time tu. Baru minggu lepas aku lapang sikit dan itulah masa yang aku ada untuk lawat dia. Tak sangka tu la kali terakhir yang aku dapat jumpe dan bercakap dengan Ongah.

Selesai mengaji, kami mandikan Ongah. Kesemua anak2 pompuan dia amik bahagian memandikan jenazahnya. Dari memandikan sampailah mengapankan, dengan bantuan pengurus2 jenazah kariah kami serta mereka adik beradik, Ongah selamat dikapankan. dalam hujan renyai tu kami bawak dia untuk disembahyangkan kat masjid dan terus disempurnakan selepas tu. Dulu Ongah ada sorang anak lelaki, tapi dahpun meninggal sekitar tahun 2000 dulu akibat sakit jugak. Nasib baik la Ongah ada cucu lelaki n anak2 buah lelaki jugak. Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kami berkumpul sesama untuk sempurnakan perjalanan terakhir Ongah semalam.

Walau apapun, yang pergi tetaplah pergi. Kepada yang tinggal, hidup mesti diteruskan. Amalan dan anak2 yang soleh/solehah la menjadi penghubung antara dia dengan kami sekarang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang2 yang solehah dan dikasihi Allah SWT.




 Al Fatihah utk roh Hjh Esah bt Main.

Wedding of D Century

Sabtu hari tu sempat g majlis kawen si Bob Kadir ngan Rakmawati kat DBP. Boleh la dikatakan wedding ni sebagai wedding of d century sebab memang tak banyak spesis STJ kawen ngan STJ jugak. Actually Bob n Rakma ni skulmet aku sejak dari form 1 to form 5 lagik. Cuma yang kitaorang tak tau is sejak bila depa ni bercinte kan. Masing2 bile ditanye memang tak bercakap pun pasal calon depa nih kan. Sehinggalah bulan bape tah hari tu Bob announced kat geng2 TTS kitaorang yang dia nak kawen pada 3/3/12 dengan Rakma. Disebabkan oleh iteww, kitaorang dahpun pakat ramai2 untuk attend diaorang punye majlis seawal jam 12.30tghari! Some of us are willing to wear  baju melayu lengkap bersongkok tinggi ala2 Pak Nil punyer tuh. Bagi memenuhi undangan tu kitaorang pakat ramai2 turun n sementara nak menunggu Bob n Rakma bersiap, kitaorang memenuhkan masa lapang yang ado dengan menyembang dan berposing kat depan dewan. Sebahagian besau kitaorang dahpun berfamily dan ada yang anaknya dah sama besau dengan mak pun kan. As ada jek wedding camni kitaorang akan berkumpul ramai2, kire sekali dengan reunion la nih. Hahahaa! Apapun, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat Bob n Rackma. Semoga kekal ke anak cucu dan expacting more babies fron u guys nanti!

Khamis, 1 Mac 2012

Super Adin

Selasa & Rabu. Aku dengan Kak Kathy & Napi disuruh attend kursus untuk menjadi SUPER duper leader kt Hilton PJ. Sepatutnya ada Hj Mahmud sekalik, tapi disobabkan oleh keuzuran mako x dapek la dia hadir bersamo2 selamo dua hari tu. N sepatutnya jugak si Angah Fiza dan kami bertiga yang kena hadir, tp disebabkan dia ada tugasan luar negara ke Singapore..tu yang Hj Mahmud replaced dia tu dan tak jadik pulak sbb sakit. Fening tak korang bace ayat aku neh..? Hahahahaa...purposedly bagi ayat fenin supaya korang ;eh bace slow2.

Ok, antara lainnya, kursus super ini untuk orang2 super yang macam kami ni. Banyak input yang aku dapat pasal leadership ni dan aku rasa banyak jugak yang buleh aku applykan dalam keje harian aku kat opis ni. Super bapak n super mak kat rumah, super dawai kt opis yang dilanyak manager2 yg "tau siap" jek. Cuba soh derang yang buat sendiri, leh buat keww? Selain tu, kalo nak jadik leader, kena puaskan hati orang di atas dan orang di bawah kita neh. Bila kita jadi boss, bila kita ada kat depan, make sure kita tak lupe kat orang yang ada kat belakang kita tu. As a boss jugak, kita kena bertanggungjawab kat team kita. ni ramai yang jadik boss suke melepaskan diri dia jek. Bile ade hal terjadik, terus cabut lari n lepas tangan. Padahal ko dibayar untuk menjawab segala masalah yang berlaku tu... buat pogrem pandai, tapi talut nak sain, bleyy?? Tu takpe lagik, siap merancang nak cabut lari taim odit masuk opis pun ada. Kalo gitu, aku pun nak jugak buat pangai camtu kan? Boss tu kan jadik idola kat anak buah, betui dakk?? Kalo dia tanye nape ko larik?? Jawapan dia tu for sure la - aku ikut boss aa.. boss cabut, aku pun nak cabut juge lah..wakakakaa, best kan? T dalam entri yang lain, aku nak siry pasal 4 Quadrant lak. Dalam 4 Quadrant tu ada pangai2 kita semua yang as a super leader, kita patut tau supaya kita dapat capai hasil keje yang bagus dengan anak2 buah kita skalik...wakakaka..ok setel! Aku nak sambung buat keje okeh!

Mak Ngah Esah a.k.a Ongah

Minggu ni aku balik kampung. After another hectic month, here i am @ kampungku yang ku sayangi. jumpa mak aku rasanya macam dah seribu tawun tak jumpe. Tak tergambar dan tak terungkap perasaan aku lepas sebulan tak balik. Fone calls x sama dengan jumpe depan2 gitu. As aku ngan mak aku pun memang sesungguhnya rapat dan tak pernah berahsia pun each other. Feel so blessed when i met her and spend time with her selama 2 hari.

Satu lagik hajat aku nak jumpe dengan Ongah aku akhirnya tercapai. Sejak raya hari tu memang aku langsung tak dapat jumpe dia. FYI, Ongah aku ni keadaannya agak tidak sihat as dia sedang bertarung melawan penyakit (if i'm not mistaken) kanser rahim. 5 bulan lepas dia boleh bersembang, duduk dan boleh membelek anak aku. But yesterday...... keadaannya sangat uzur... hanya terbaring lesu dan tidak mampu berkata apa2 kepada aku... aku difahamkan yang dia sangat2 nak jumpe dengan aku. Aduhai, my prayers will always be with her. Semoga Ongah segera sembuh dan boleh nyembang dengan kitaorang spt biasa.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers