Jumaat, 27 Januari 2012

Uwais Zihni

Makin hari makin aku sayang kat dia. Muke comey, suara comey, badan pun kecik dan comey. Siapa lagi kalo bukan anak bujang aku yang nombow 2 nih. Uwais Zihni, secomel namanya jugak. Kalo korang tanye aku, mana dapat nama ni, aku akan cakap yang nama ni memang ada dalam Al-Quran. Cuma tak digabungkan jek menjadi satu bait nama yang terindah dengan maksud yang jugak terindah untuk aku ledani. Uwais bermaksud pemberian, manakala Zihni bermaksud kefahamanku, kekuatan akalku. Bila digabungkan akan membawa maksud "pemberian kefahamanku or kekuatan akalku. Orang cerdik pandai pun selalu cakap, nama yang baik, makna yang baik akan membentuk keperibadian si pemilik nama tu. For that, aku carik merata ini nama untuk pastikan anak aku yang ini pun mendapat nama yang bakal memberi makna dalam hidupnya. Almost 2 month from his birth date, Zihni dah makin besow, berat pun nearly 5 kg. Masih jauh kalo nak dibandingkan ngan berat anak buahnya Iqa n sepupunya Waffiya. Consumed 32oz of milk a day. Hobi dia skang nyembang ngan aku lepas aku balik koje. Malam tadi rekod yg paling best la dia nyembang ngan aku sampai kol sablas. Sebelum nyusu dia nyembang ngan aku, pehtu lepas nyusu sambung lagik nyembang. Paling best, bangun susu kol 2 pagi pun nak ajak aku nyembang time aku cool down kan dia sementara nak bancuh susu. Pagi tadi pun sebelum gi keje dia sempat nyembang jugak ngan aku and hopefully petang ni pun balik keje aku dapat nyembang ngan dia lagik cam semalam. Itupun kalau dia tak tido la. Kalo dia tido tunggu lak aa time dia bangun nak minum susu baru leh nyembang lagik. Pengasuh pun dah dapat, so lagik seminggu dia akan duduk ngan pengasuh barunya tu. Hopefully, both pengasuh n Zihni will be ok, InsyaAllah.

Khamis, 26 Januari 2012

Alahai Gold Coast...

Ahad hari tu, seperti yang diplan ngan dik beradik, kitaorang off to Morib for family retreat. Dah lama tak gi outing reramai cenggitu kan. So, dalam kol 12 jek kitaorang start enjin n terus gerak ke Morib. After 2 hours journey, sampai la kami kat Gold Coast Morib. Tempat punye la cantik, studio apartment punye la gah, blakang service macam haprak. Sampai je kat lobi, terus adik aku g amik key card kat frontdesk. Punye la lembab servis, lepas setengah jam barulah dapat kunci bilik. Tak cukup dengan tu, naik je kat bilik..tengok2 bilik tak bekemas lagik. Dalam tong sampah bilik air ada pampers la, modes la, cup maggi la dan macam2 lagi batrang2 yang tak sepatutnya disitu. Takpelah, aku kuwar balik kat koridor, panggey dak housekeeper tu dan suruh dia kemaskan balik bilik yang lom bekemas tu. Dalam 10 menet bilik aku dah ready untuk diduduki. View bilik pun tak berape cantik sebab ngadap jalan raya depan tu ngan paya bakau. Tak kisah lah, asalkan aku leh get along ngan dek beradik dah kire bagus dah.

Malam tu gi outing "makan2 cari jalan" kat area Bagan Lalang, Sampai sane around kol saplow malam. Cari parking pun dah dekat saplow menet. Dah jumpe plak fudkot, abg Rusdi ngan Kerol gi pilih ikan. dah bawak kat kaunter, aleh2 towkey kedai kata depa takleh masak sebab ingredien dah abis. Fundek! Punye la dissapointed, kitaorang nek kete stream abang Rusdi. Dia tekan minyak terus calikbut balik Morib semula. Masuk area Morib, kitaorang benti kat satu gerai tepi jalan yang ada cam lampu2 cikit. Order dalam kol saplow setengah, dapat order sejam kendian. Agaknya dapur dia ada sebijik je kot. Cami ngan Iman dah
ngamuk2 dah. Waffiya ngan Zihni pun apa kurang. Hangin satu badan nak susu. Dah la gerai tu gelap, banyak nyamuk. Dapat je nasik masing2, terus makan cepat2 sebab dah tak boleh blah lapornyer. Tak cukup ngan itu, dah malam dah pun kan. Budak2 semua dah tido tak larat nak bejaga malam sampai kol doblas. Memang itulah kali first ngan terlast aku gi kat kedai makan abang misai lebat tu.
Pagi besoknya tu, kitaorang pun bersiap2 la nak gi turun makan kat cafe. Boleh tahan jugak besaunyer cafe tu. Sampai je kat situ, tengok2 kat depan pintu masuk tu orang punye la ramai berbaris nak masuk dalam sebab nak bekfast. Punye la banyak aku masuk hotel keluar hotel, tak pernah sekalipun aku kene beratur nak masuk amik makanan taim breakfast. Sentiasa ada makanan untuk dimakan menjelang jam 10.30 pagi. Bengang punye pasal, kitaorang naik atas kat bilik Nana. Nasib baik la Nana ngan Abg Rusdi sempat pegi menapau makanan kat luar pagi tadi. Kalo tidak, aku memang dah tenampak dah "maggi in my mug" tu kat kedai bawah sat tadi. Kire jadik je la kalo takdo makanan. Dah lepas makan, aku ngan kerol n budak2 semua turun bawah bawak Iman ngan Cami mandi kolam. Sebenarnya aku pun tingin jugak nak mandi kolam coz dah lama tak berendam dalam kolam cenggitu. Dah siap2 mandi semua, naik atas n pack up segala barang2 and terus balik. On da way nak gi ke parking tu kan, punye la ramai manusia bersesak2 nak masuk dan nak balik dari hotel tu. Punye la lemasnya aku, glad to blah jek dari hotel ni. Dengan rental yang mahal n dengan servis yang sooooo poor gitu, balik rumah mak aku lagik baguih la, walaupun rumah omak aku tak secantik hotel bertaraf 4 star nih. Maybe this is da first n da last time we stay there. Banyak lagi hotel yang bagus2 dengan facilities yang serupa ni yang ada kat Malaysia.

Selasa, 17 Januari 2012

Ops Sikap & CNY

Hari nih dah pun start Ops Sikap sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 23 & 24 Januari ni. Setiap kali adanya perayaan yang besar2 kat Mesia ni, ade je la jiwa yang akan terkorban. Puncanya pun ada memacam2. Mengantuk, letih, tertidur, mabuk dan macam2 lagilah. Kalo korang sleepy, jangan drive. Berenti dulu kat mana2 dan rehat secukupnya. Ape perancangan korang cuti panjang ni? Sure meronda2 gi jenjalan coti2 mesia kan? Kepada kengkawan yang ikut hiway nak balik kampung or pegi destinasi2 percutian tu, aku nak ucapkan selamat bercuti dan berhati-hatilah ketika memandu. Aku punye plan? Maybe balik kampung kot jumpe mak aku. Lama dah aku tak balik kampung. Ada lebih kuwang dua bulan dah tak balik, sejak Zihni lahir la. Ni pun first time nak bawak Zihni balik kampung. sure dia suka tgk rumah uwan dia yang sejuk sikit, banyak pokok2 keliling, fresh air, ada buah mutan, ada ayam kokok and macam2 lagik la. Takde bising2 cam kat KL  neh.

Ada jugak cadangan dari akak aku (Nana) ajak gi holidei kt tempat dekat2 sini jek. Tengah consider dulu and see how it goes. Lama dah tak get together camni kan. Rasanya yang last skali kitaorang outing ngan femeli2 ni pun time gi lepak kat Kondo TNB la tahun lepas ngan family acik. Jenjalan ngan Nana pun masa cami umow 6 bulan. Pusing2 Dungun, gi KT. Tu dia lamanya tak outing ngan depa sesama. Ok, kepada kengkawan aku yang berbangsa Cina, diucapkan selamat menyambut tahun baru Cina. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan dapat menambahkan lagi kesejahteraan dan limpahan rezeki kepada korang sepanjang tahun 2012 ni. Remember pesan aku - Don't drink and drive guys! Kalo nak drink air masak takpe, tapi arak jangan minum time nak dan semasa memandu. :-)

Ungu Violet

Tadi masa otw nak g opis pagi tadi aku ternampak kete Myvi kaler pepel neh. First taim aku nampak kete ni kaler pepel geng. Cantik jugak since kaler pepel ni aku considerkan as unik. As the owner pun aku tengok unik jugak. Orang kata, kalo orang tu peminat kaler purple ni mesti dia jenis orang yang pemurah n suke tolong orang, inisiatif atau boleh buat sesuatu tu dengan sendirinya, bijak tapi sedikit emosi. aku tak tau betui ke dak, coz ni yang tertulih kat dalam artikel pakar2 personaliti. Selain daripada tu, orang yang suke kaler purple ni jugak adalah sorang yang suka mengikuti perkembangan zaman. apapun pesen yang keluar pada zaman tu dia akan try pakai. Personaliti ni pun mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan akan buat sesuatu yang dirasakan betul sampai la abesh. Rasa2nya ada la sorang anak buah aku yang suke kaler purple ni, tapi aku tak hengat siapa... nanti balik aku cuba ingat2 balik n for sure kalo dia tenampak kete ni mesti dia suke punyela. Si kakak ke syuhada yg suke kaler pepel ni kalo tak silap.

Isnin, 16 Januari 2012

Wiken yang best

Afiq's rocket
Jemahat adalah hari yang ditunggu2 semua orang sampaikan ada pepatah Mat Salleh yang sebut " Thank God it's Friday!". dalam Islam pun Jemahat ni adalah penghulu segala hari dan Islam pun menyeru agar semua umatnya supaya memperbanyakkan amalan pada hari tu. But now, aku taknak citer pasal hari Jemahat. Aku nak citer pasal wiken baru2 nih. We have a suprised visit from Mat Hassan (Afiq) Penang wif his wife Mimie. Tu dia aihhh, lama tak lama gak la. Lebey kuwang setahun jugak aku tak jumpa dia. Las skalik kami jumpa dia masa gi Penang hujung 2010 lepas. Takleh lupa dia haruk kami bawak pi pekena segala macam durian gred A kat Bukit Tengah, pehtu pi lari pekena mee udang lak kat Teluk Kumbaq plakk.Memang malam tu x lelap mata nak tidoq sebab kenyang gilerr.Tengkiu Afiq. Hang memang best. Lepaih setawun x jumpa, alih2 ini hari mai naik Skyline woooo.. tu la punye lama x jumpe. Member beli keta baru pun aku buleh x tau.
Afiq n Mimie

Wan, CT n bb Dina
Dia call dalam kol saplow pagi, alih2 kol 11.30am dah mengaum kete sport mamat ni depan pagaw rumah aku. Elemekk, rumah x siap kemas lagik! Kelam kelibut aku kemas n Lin dah setenbai kt dapur masak2 ape yang patut. Lepas lanchawer, Abg Renno ngan Wan sefemeli lak sampai. Depa ni pun punye la lama aku tak jumpe. Berbulan gak aa rasanya tak nyembang ngan derang ni. Sembang punye sembang punye sembang dah petang n depa pun gerak la. Puashati dapat kumpul ramai2 gini. Pehni bila plak la dapat jumpa korang lagik weyy. Okey la tu, at least once a year dapat havoc2 camni kan. Tima kaceh jugak for da baby gift korang utk Zihni. Cami hari tu jgn citer la, kemain hepi lagik ade geng ngan kakak2 n adik dina dia tu.

Nani, Wan & Angels
Petang lak dalam kol 5, Acik lak sampai. hihik, rumah kitaorang ni kalo orang nak datang mesti berturut2 sampai 3 tetamu baru sah. Acik sampai jek, terus boil spaghetti as kuah2 semua dah ada. And again, bermulo la pojek makan2 kitaorang. Lama jugak tak get together camni kan. Like I said before, kalo la dapat selalu2 gini kan best..hihik! As usual, acik balik jek, Cami mule la nanges cam biasa.. tak kasi derang balik.

Ahad lak, kayuh pelan2 gi majlis cukur jambul anak Nani & Wan kat Bkt Mahkota. As kitaorang pun sungguh lama tak jumpe kan, last skalik rasanya raye tahun 2010 dulu n then x jumpe2 dah until semalam. Bersalin pun dpt date nak dekat2 ngan Lin. Baby kitaorang nanti sebaya la & sesama masuk skul. Rasanya tu ler first time kitaorang dapat attend majlis kat rumah Nani coz sebelum2ni ade je la hal yang sekali ngan dengan function dia tu. Sungguh comey itu baby Ezzati. Disebabkan keexcitedan bersembang sebab lama tak jumpe, gambo pun telupe nak amik. Wan n Nani tetap menten gak cam dulu (tembam cikit jek). Alhamdulillah,  Nani pun nampak dah sehat balik macam dedulu. Budak2 pun dah besau - Amyra & Alya sungguh comey berbaju kurung siap ngan tudung skalik. Bila la buleh jumpe balik yek? Nanti masuk rumah baru korang roger la yek. InsyaAllah kalo lapang kitaorang datang lagik. Orait, time's up! Get back to work guys. Ada banyak keje dah tunggu atas meja. Ada masa aku boh entri lagik!


Jumaat, 13 Januari 2012

Gile Meroyan

Tengah2 Google pagi tadi, terjumpe dengan artikel pasal gile meroyan ni. Ramai di antara kita yang tak aware dengan kewujudan penyakit yang sering di sebut2 sebagai bahan utk kita melawak  sehari2, but tak tahu ape sebenaunyer penyakit neh. Entri aku pada hari ni khusus untuk menceritakan pasal penyakit neh. So layan sama dia... 

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues ataupuerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakitpostpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin. Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang.


Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaitu :
  1. Postpartum Blues – jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
  2. Penyakit kemurungan – kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
  3. Psikosis – boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

1. Gejala Maternity Blues

Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan. Wanita ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya

Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
 2. Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
 Rawatan dan cara mengatasi

  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Rabu, 11 Januari 2012

Penang...

Mornink all. Pepagi ni camne tah aku buleh tetiba tingat kat Penang plak. Nasik kandaq, pasemboq, chowrasta bazaar, Penang Hill, Chulia St, line clear, hameediya, cravan cafe, asam laksa dan banyak lagik. Tak lupa jugak kat hotel fevret kitaorang area bukit jamboi yang selalunya jadik port kitaorang lepak - Vistana Penang. Malam pulak, mesti tak missed merayap ke Padang Kota, Batu Ferringhi & Gurney Drive. Year end 2011 tak dan nak pi lepak sana coz chek punya mami baru lepaih bersalin. Takpa la kot, nanti coti skula bulan 5 ka kami mai pulak la Penang. Last year punye visit rase cam tak puashati sebab tak dapat panjat Penang Hill. Time tu baru je launch cable car baru n then iteww cable car suda kaput time tengah ujian. So what heppen, kami dah puaih tawaf kelilin iteww hill manjat ke ataih, terpaksa turun bawah semula sebab jalan nak ke ataih nu pun tutup. Kuciwa punye pasai, pelan2 kayoh gi Queensbay Mall n lunch 3 branak. Takpelah, next visit kami tak lagi bertiga. Kami berempat akan mai sana. Hangpa tunggu naaa ... :-D

Selasa, 10 Januari 2012

Merah pulak hari ni

Pagi ni cam biasa aku kuwar rumah kol 6.45am. Dai rumah biasa la stucked kat Sg Plong and then kat depan The Store. Lepas je Desa Aman, dah jumpe ekor jammed yang sangat la panjangnya. Folo punye folo punye folo, tengok2 lori rosak dekat susur masuk Manjalara. Ngko punye pasal abis sebaris orang kena punch kad merah. Apadaaa. Patutnya benda2 camni la yang perlu diambik tindakan oleh PBT ataupun pihak2 lain yang bertanggungjawab untuk menjaga sesuatu kawasan tu. Let say, kalo jammed tu berlaku kat PLUS, so pihak PLUS la yang perlu take action untuk solve that jammed punye issue. Buat la camana pun kan, tarik ke tepi jalan ke, tow pegi workshop ke.. asalkan dapat solved poblem congestion tu. Nasib baik jadik kat situ. Let say if jadik kat tengah2 lubuk jammed cam Jalan Tun Razak ke, Jalan Ampang ke, tak ke haru jadiknya. Sure masuk Buletin Sinar punyela..

Isnin, 9 Januari 2012

Hari 901

Akibat perhimpunan 901, pagi ni aku gerak dari rumah as usual jam 6.30am la. Selalunya kalo aku kuwar time2 camni musim2 sekolah baru bukak ni, kompem sangkut punye la kat depan The Store. Hari ni agaknya sebab semua alert ngan roadblox sana sini, semua pun kuwar rumah seawal yang buleh. Nasib baik jugak hari ni tak payah hantar Cami gi rumah maktok. If not, aku sure dah tersangkut skali dgn kete2 yang nak menghala masuk ke KL. Sampai opis kol 7.40am. Bawak rambutan yang Omak den bawak semalam kasik dak2 opis rase sikit sorang. Tahun ni Omak cakap rambutan x bape nak ada sebab abis dibelasah dek kera2 yang dok lepak dalam sawit kt belakang rumah Omak tu. Cerita pasal Onak nanti aku bubuh dalam entri lain pasnih.

Ok, sedikit kisah mengenai 901 ni. Actually, aku tak berminat sangat nak story pasal politik2 ni since banyak lagi menda lain yang lebih berfaedah dan mencuri tumpuan aku. Tapi satni ada berita kat radio mengatakan bahawa DSAI dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. That means what, guys? Within this few month, PRU 13 akan diadakan. And again, kena balik kampung untuk mengundi calon pilihan la nanti. Gasak disitu. To all da crowd yang berdoyon2 gi berhimpun kt luar mahkamah tadi, sudah2 la tu. Gi la balik rumah berehat. Sure korang lapow kan? Tu lom kire lagik polis2 yang dok berkawal kat macam2 lokasi sekitar KL hari ni. Kalo aku la kan, takde pasal la aku nak berhimpun ramai2 camtu berjemur berhujan demi kerana sorang individu. Kpd kengkawan2 yang stucked kat dalam traffic jammed pagi tadi, takziah aku ucapkan coz punch kad korang "berdarah" hari ni. Kpd orang yang aku call dari pagi tadi dan tak pick-up fon, gi berhimpun gak keww?? Kalo aku la yang dia call dan tak angkat fon, sure dah kena sound dah tu... chit poodah! Ok, nak setelkan urgent nih.. t lunch aku tulih lagik!

Jumaat, 6 Januari 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari ni, 6 Januari 2012. Hari lahir seseorang yang special dalam hidup aku, teman duka dan gembira, member bergaduh, kawan, kekasih dan ofkos teman hidup terbaeeek yang pernah aku ada (yelah, mana ade yang lain pun kan).

Nothing much to say, just nak ucapkan Selamat hari Lahir kepada isteriku yang tercinta. Semoga hidupmu akan lebih ceria, bahagia, dikurniakan limpahan rezeki yang tak terhingga dan kasih sayang yang berpanjangan untuk kita sekeluarga. Terimalah lagu ni sebagai hadiah pada pagi ni. Hadiah yang "sebenar" akan menyusul kendian ye.


Rabu, 4 Januari 2012

Back to school 2012

4 Januari 2012, sekolah dah bukak. Musim cuti sekolah sudah berakhir. Maknanya, jalan raya akan jammed balik macam sebelum ni. Pagi tadi pun punch card aku nyaris nak merah. Seb baek sempat sampai opis sebelum kol lapan.
Orait, aku sure punye mana2 kengkawan yang ada anak kecik yang baru melangkah masuk Tahun 1, sure akan ada pengalaman baru dalam mengreorganised korang nyer rutin harian. Bermulalah jugak tugas dan tanggungjawab kita untuk ngantar dan nyemput dak2 ni dari sekolah. Kat opis aku ni pun ramai parents yang bercoti dan sibuk menguruskan anak2 masuk ke sekolah hari ni. Masuk sekolah rendah ada, menengah pun ado. Tak ketinggalan jugak yang masuk pleyskul dan skolah tadika. Yang anak tak masuk skul, tapi kena amek cuti pon ado...(pengasuh pi daftar anak2 sekolah) kikiki. Pesanan acik kat adik2 yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan, selamat bersekolah. Belajar rajin2. Nanti besar leh jadik engineer, doctor, lawyer, majestret. Aku pun dah cadang2 nak masukkan Cami ke pleyskul tahun ni. Hopefully masih ada sedikit ruang untuk dia since desicion pun belum dibuat lagik nak hantar pegi skul yang mana satu.

Selasa, 3 Januari 2012

Belasungkawa buat Khairil Nizar Mohd Ali

Allahyarham Khairil Nizar
Kegembiraan aku menyambut tahun baru 2012 menjadi suram di saat menerima perkhabaran mengenai pemergian seorang sahabat lama semasa zaman sekolah dulu, Nizar.

Jam 7.30ptg, 1 Januari 2012, Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Jiwa yang tenang itu dipanggil pulang kepada Penciptanya. Baru je aku bercadang2 nak melawat dia, tapi panggilan Ilahi lebih cepat menghampiri. Ditambah pulak dengan batas masa yang turut merencatkan perancangan aku untuk ke situ.

Nizar ni junior 2 tahun kitaorang, Batch 91-95. Aku mule kenal dengan dia sejak hari pertama dia mendaftar kat sekolah kami tu. Good guy, rajin study, scorer pun iye jugak. Then, dia masuk team debater skolah, aku pun skali dalam team tu. Dia pun suke main basketball petang2 dengan geng2 aku jugak. Boleh katakan yang court kat sebelah bengkel KH tu memang kitaorang conquer la.

Lepas form 5, aku lost contact dengan Nizar dan adalah terjumpe dengan dia sekali sekala kat Tampin kalo aku balik kampung. Kitaorang masing2 masuk U, then dah keje baru terjumpa balik. He still recognise me walaupun dah berbelas tahun tak jumpe. Last sekali aku jumpe dia time dia jadik news presenter kt Astro. Then, tetiap pagi la aku dengar sore dia kat redio taim2 aku OTW nak ke opis tu.

Last year terjumpe balik kt FB. Aku add dia tapi tak berjawab2. Rupa2nya dia tengah sakit. according to a friends yg dah jadik doctor, he's infected by undetermined virus kat beberapa sector pada otaknya. Dalam ertikata lain, dia mengidap menengitis. Tru FB aku follow perkembangan penyakitnya dan kelmarin, dia telah pergi menemui Penciptanya...

Sungguh terasa kehilangan dia yang merupakan sorang periang, tiada lagi gelak tawa nakal dia tu.. We'll miss u Nizar.

Bersama coretan ni aku titipkan al-Fatihah untuk kau yang berada di sana. Semoga kau aman dan sejahtera di sana disisi Rabbul Izzati..


Happy New Year 2012

Guys, rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kat korang. Bermakna jugak, tahun ni adalah tahun keempat kitaorang menjadi warga DC. Macam tahun2 lepas, kitaorang just celebrate new year kat rumah jek. Pasang tv, tengok bunga api live kat tv. Tau je la kan, anak kecik2 lagik, wife lak dalam pantang. Memang takde la nak pergi outing dok tengah2 padang berembun tu kan. Time muda2 dulu boley la. Hihik! Or tunggu anak2 besau sikit, bleh la bawak derang layan bunga api kt KL.

Talking about azam, tahun ni takde berapa sangat la nak berazam baru. Cuma nak perbaiki apa2 yang kurang tu. Selain dari tu, aku nak cuba minimizekan perbelanjaan dan perbanyakkan income dan savings. Talking about bisnes, of course kena focus on what we want to do this year. Kalo buat betul2 memang boleh jalan. Rasanya partners aku pun dah ada cadangan & idea on how to grow up our "bisnes main2" tu. In fact, last 2 weeks masa g cari baju tambahan utk Zihni pun kitaorang dah nampak few samples product yang boleh jual. For our big family, aku harap aku akan dapat menjadi active players cam selalu & I really hope that everything will goes well.

Vacation? Tunggu la Zihni besau sikit and will bring him to our favourite vacation spots throughout Malaysia. Memang tu pun xtvt tahunan kitaorang satu family. Jenjalan....jenjalan...jenjalan...souvenirs... heheh.. we'll do that! Nanti ada masa aku boh lagik entri..chiow chin chioww!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers