Khamis, 29 Mac 2012

Jenjalan Penang 2012

Entri ni aku dah buat lama dah. Tapi disebabkan macam2 kekalutan yang melanda lately aku tak sempat nak publish lagik dalam blog ni.

4 Februari 2012, tak plan sangat pun nak turun Penang time gini. Tapi tangguh punye tangguh nanti tak jadik lagik la. So, what we do, kita gi je la Bu! Before that kitaorang dah call hotel fevret utk booking bilik fevret jugak. Lepas balik dari servis kete, terus loading barang lam bonet n here we come! Otw tu singgah Tapah as usual, Cami pun nak melabur pulokk.. singgah dulu situ n beli donat untuk si Mat Hasan yg dok tunggu kami kat Bkt Jambui nun.

Petang around kol 5 kitaorang pun sampai la kt Penang. Check in kat hotel fevret and then aku cam biasa pi la jalan kat restoren fevret jugak kat belakang hotel yang jaraknya just 200 meter jek. Kayu Nasi Kandar memang our choice kalo stay kat Bkt Jambui ni. Cami punye la rembat roti kosong tu sampai abes sekeping dia sorang jek makan. Tu lom citer nasik kandaq lagik (yang ni aku la yang perembat). So malam tu tak gi memana n just lepak berehat2 jek kat bilik layan mata nagn dak comey berdua n ibu dieorang... Plan besok gi mane beb?? Ahah! Hangpa tunggu until aku tulih dalam enri len pulak naa...

Rabu, 28 Mac 2012

Welkem home Cik Bai

Pepagi morning aku bukak FB n ternampak status Bai n Bam Bam tulis yang derang sefamily dahpun safely landed di KL this morning. Alhamdulillah. Skejap je pun setahun. Aku still tingat lagik how hard si Bai nak wat desicion about going abroad n mintak UPL daripada management. Siap buat research kat website JPA on UPL tu lagik. Aku pun as a superior sangat memberikan galakan kat dia untuk folo her hubby coz it's not easy for her to be here alone with Khalish (as Cami aku pun sama age ngan anak dia). Tambahan lak, dok kat obersi tu pun adalah satu peluang untuk kita experience kelainan budaya n cara hidup klat negara orang, since kita dok sini sejak lahir  dan mengadap lifestyle yang sama jek everyday.

For us, sangat mengujakan jugak since her case ni adalah precedent case for other staff yang might be akan terjumpe kes UPL yang sama macam Bai (if their spouse kena gi abroad or depa sendiri nak ke sana for study ke kan). Kalo aku pun dok kat tempat dia memang aku takkan lepaskan opp ni since peluang gini tak datang banyak kali.


Since then, our clan dah kureng soreng..hahah! (macam berbau perkauman jek statement ni) Makan pun jadik tak syedap walaupun yang dimakan tu adalah makanan terlazat (sebab antu lapow ni ler yg jadik penambah perisa makanan yg ktorang makan n selalu jadik initiator nak makan apo hari tu). Takpe lagik, mamat sebelah bilik gua tu cam hilang punce jek since lu takde.

Anyway Bai, kasik abis ko nyer jetlag dulu, itu fenin2 kasi hilang dulu, kemaruk masakan emak tu kasik layan dulu and baki coti sebulan lagik tu kasik perabis. Ada setahun punye keroje sudah tunggu untuk ko tacap kasi cantik kat sini. Kalo ada free, mai la intai2 kami kt opis nih. Have a gud rest n WELCOME BACK to Malaya. Burger Bob jangan lupe. Sure tu pun jadik one of makanan idaman while u away hari tu.

Hujan pagi

Pagi ni sampai je aku kat hiway, tup tap tup tap ujan lebat turun membasahi bomi ini. Lepas je tol Jln Duta dah start slow muving dah. Seb bek la sampai kt rumah mak tok tak ujan dah. Hantar Zihni lak kat rumah Ibu Liza dia, then drop Lin kat ofis. Otw nak ke ofis dibantainya ujan lebat n now still ujan lagik. Jalan kat depan ofis tu
ofkos la jammed sebab kalo tak ujan pun akan jammed jugak. Hahah!

For that, aku tinggalkan korang dengan lagu Hujan ni untuk dilayann...enjoy!


 

Jumaat, 16 Mac 2012

loosing ma grip!!

Last Wednesday we went to Dr Foo's clinic for Zihni's rotavirus & 5 in 1 jabs immunisation. Korang tau per jadik?? My kenit is ok and as usual, dia just "uwekkk" je sikit lepas kene sejarum. Pehtu kan, doc pun check dia punye heartbeat dan sesuatu yang suspen pun terjadik! Dr Foo terdengar satu bunyik asing dalam jantung Zihni. They call it as a "gallow" sound. Dan dan tu jugak aku dah rase cam terduduk dah, padahal aku tengah berdiri taim tu. Lin jangan cakap aa sebab dia ni mewarisi kekalutan bondanya yang mudah kalut, panik n tak tau pe nak buat pastu. As aku ni memang jenis yang absorb dulu impact yg datang (cam superman lak), so aku layankan jek dengan dengarkan apa instruction Dr Foo suruh buat. "You bawak dia pergi bawah at Heart Centre, pastu buat ECG, then take the ECG's report to Dr Azam (Pediatrician Cardiologist) at Level 2 untuk dia buat scan kat jantung Zihni". Oh man..what is this?? Apakah ini satu lagik ujian untuk aku selepas Cami terkena jangkitan HMFD haritu??

Kemain sengih lagik ye Zihni
Taknak kalut2, terus bawak Zihni pergi Heart Centre, register n then they do the procedure. Tampal all the "stickers" at all places on his upper abs, chest, etc2. Pehtu depa klipkan dengan apekenama tah tu sambung kat ECG plotter....fheww...Alhamdulillah, hb reading just 151 jek. So, bawah 160 is NORMAL...but aku nak tau jugak ape iteww "gallow" sound dan kenapa bunyi tu terjadik?? Dapat result terus bawak jumpe Dr Azam untuk scan pulak. Jantung aku pulak yang DUB..DAB..DUB.. DAB... janganlah apa2 yang buruk berlaku Ya Allah...

Lepas discan dari pelbagai angle, 3D, 4D, echo.. keputusan adalah NEGATIVE dan jantung Zihni berfungsi dengan amat baik. Fuhh!! Barulah reda ribut dalam jantung aku nih. Alhamdulillah, gallow sound tu (bunyi gema ketiga)  memang wujud dalam jantung baby kecik seusia Zihni. Punca? Overwhelmed, baby lasak, excited dengan apa yang dipandang dan didapati. Bila Dr Azam cakap "nothing to be worried about", aku rase cam nak dokong jek mamat tu! Lega sangat. Adik...adik.. kenapa la adik buat abah ngan ibu gelabah gini..hihi :-). Takpelah. As long as adik ok dan sihat, abah dah rase ok dah. Aku doa sangat2 biarlah takde ape2 berlaku kt adik... abah sayang adik sangat2! Abah taknak terjadi ape2 yg tak baik kat adik. Adik kan duplicate abah....hihi!

Maid / Bibik / Helps . . . . perlukah aku?

Pejam celik pejam celik dah pun sampai kat pertengahan bulan Mac 2012..dah nak abes pun suku pertama tahun 2012. Cepat betul masa berlalu, uban pun dah banyak tumbuh n memutih atas pala aku yang jendul nih. Orang tu dahpun umo 36 tawun bulan satu hari tu..aku lom lagik...hahah! Tapi bukan tu yang aku nak citer kat sini geng! Aku kesian kat anak2 aku sebab kurang masa bersama aku ngan ibunya..

Camana aku leh terpikir pasal hal ni. Semalam aku balik rumah lepas keje, sampai rumah je dah pukul 8.00 malam. Letak Zihni atas bouncer, let him bounce. Kemain sengih2 lagik dia kat aku. Cami as usual la, "Nak folo abah gi syolat n syogging (jogging)". Lepas solat terus on treadmill n jogging. Ibu kat bawah suap Cami makan nasik - x jadik folo abah syogging sebab dia lapoww nak makan nasik. Pehtu kan, Zihni nanges tinggal sorang2 lam cot dia tu. Aduhai...ni aku tengah lari punye lari neh...n i felt like such a jerk if i'm not go n get n comfort him up. Aku gi amik dia, boh atas "incik otot" (korang tau ape kebenda menatang ni?) atas katil n kemain senyuk dia tengok aku lari atas mender tu. Sian la anak aku neh kan.... terpaksa membesar dalam lifestyle yang bersifat mengejar masa camni. Membesar dalam kete jek, pegi subuh gelap. Balik pun dah senja bekabut pulak.

Something came across my mind... kalo amik maid, dengan kos yang lebey kuwang sama camni kan.. lagik bagus. Tapi plak, are we ready to have another "alien" in r house? Dah biasa berempat camni, n we are free to do whatever we wanted, alih2 ada sorang lain yang kita kena tanggung n bawak kemana2 plak. Tapi positifnya,  aku leh balik rumah lebih awal,  as early as 6.00pm. Sebelah malam aku leh melayan anak2, spend more time with my family. Segala kerja mengemas, membasuh, menggosok dan me-me yang lain pun dah disetelkan sebaik kita balik ke rumah. Anak2 pun dah ada orang uruskan. Punye la best kan? Time keje pun aku dah leh release sikit konstren on hal anak2 as dah ada orang take care of them. Pepagi x payah nak rush pegi antar abg, hantar adik pehtu antar pulak "orang tu" g ofis. Dedua kete dah leh jalan as "orang tu" pun dah leh drive sendiri gi keje kan?? (skang lesen smpi sg buloh jek...apadaaa..kihkihkih!)

So, bagi kengkawan yang dah ada maid tu aku harap dapat aa kasik OP sikit kat kami nih supaya kami dapat buat keputusan yang bijak on it. Pernah difikirkan sebelum ni dan skali lagik kami terfikir pasal benefit2 kalo ade maid ni. We do consider on negative side of it -  maid lari, curik duit, larikan anak n jual budak2, maid bwk jantan masuk rumah, maid pengotor etc2. Kene konsider baik2.. u guys respond n we'll think about it.

Rabu, 7 Mac 2012

Minggu2 kesibukan

Masuk opis je hari ni dah kene mengadap 3 perkara:

1. Longgokan dokumen2 yang belum disetel dan dikemaskan (baru 1 hari aku takde, meja dah rupe stor baja dah..pe kes?)
2. Auditor2 cantik molek yang dihantar Pak Pie Pedal utk berkenal2an dengan aku... (Ipin suke la tu pompuan cantik2 tu, lupe dia kat dia punye "Adek Baru" dio tu.. haha!
3. Jem jalanraye yang makin tahap "sau kung" kat depan opis aku neh..sampai nak kuwar minam pagi pun stucked dalam jem yg tak bergule tu..chaih!

Aku rasa waktu anjal ni pun sometime menyusahkan sebab bila kita keluar rumah lewat, so akan sampai opis pun lewat. Then, bile lewat jalan kat KL ni akan jem laike hell. Sangkut kt Mahameru, Jln Sentul, Sentul Pasar etc2... balik rumah pun akan sangkut kt kawasan yang sama jugakk... So aku nak kene reset balik skejul aku on pukul bapo nak kuwar rumah pasnih utk evoid jem kt jln2 yg aku lalu selalu tu nanti...

Petang pun rasa lebey hectic sebab kuwar 5.30pm tu taim dah puncak dah tu. Semalam aku stucked @ Mahameru for almost 1/2 jam. Takde masalah ape pun, just disebabkan ujan dan jalan basah dan kete banyak. Tu je...Dis moning nak kene ngadap auditor lagik. Aku nak pass semua kat bos aku la..semalam dia suda hepi2, aku yg kene ngadap awek cun 4 orang yg garang2 tu... hari no korang kerjakan la pulak boss aku tu wokeh oditor..heheh! T ade taim aku boh entri lagik. Selamat bekerjee..



Selasa, 6 Mac 2012

Belasungkawa utk Ongah tersayang...

Ahad, jam 5.20ptg aku dapat call dari Acik. Dia kata Ongah baru je pergi.. just hembuskan nafas terakhitrnya di samping anak cucu tercinta. Aduhai, terpempan aku sekejap. Baru minggu lepas aku datang ziarah dia. Dengan penuh harapan aku nak tengok dia sihat semula macam dulu2. Aku genggam tangan dia yang sejuk tu dan gerak mata dia membalas. Aku tau Ongah sayang aku, aku pun begitu. Ongah ibarat mak aku coz dia kakak kandung mak aku. Dia anak kedua uwan aku. Sangat terkesan, aku kaku disitu mendengar perkhabaran duka tu. Grab my bag, mandikan anak2 dan siapkan barang and put all da things dalam boot kete. Start enjin n pecut laju2. Aku nak berada di sana segera. I want to be with her...

Isnin sesudah subuh aku pergi sana dengan Lin. Anak2 tinggal ngan Acik n Omak dulu. Send Lin balik rumah mak n then aku pegi balik bacakan serba sedikit kalimah suci utk Ongah. Sebak hati aku nih duduk di sebelah tubuh kaku yang satu ketika dulu pernah menjadi pembakar semangat aku, mentor aku dalam ilmu agama, one of female berzanji reciter terkenal di kawasan kami ni dan sorang yang sangat gigih bekerja. Aku takde mak sedara kandung yang lain kat sebelah family mak aku. She's d only one n now she's gone. Ibadahnya tak dapat aku tandingi. Semangatnya dalam membesarkan anak2 pun amat aku kagumi. Sejak aku kecik lagi dia memang sangat sayangkan aku. Aku tau tu. Sehinggakan sepanjang aku berada dalam menguruskan pemergiannya tu, aku dapat rasakan yang dia sentiasa ada disisi aku. Sepanjang masa. Kasih sayangnya tu memang takde bandingan. Walaupun Ongah dah takde, tapi Ongah tetap hidup dalam hati ni. Dalam aliran darahku ini ada semangatnya. Aku ada rasa sedikit kesal jugak sebab tak dapat lawat dia selalu semasa dia terlantar sakit. Aku sangat2 bz time tu. Baru minggu lepas aku lapang sikit dan itulah masa yang aku ada untuk lawat dia. Tak sangka tu la kali terakhir yang aku dapat jumpe dan bercakap dengan Ongah.

Selesai mengaji, kami mandikan Ongah. Kesemua anak2 pompuan dia amik bahagian memandikan jenazahnya. Dari memandikan sampailah mengapankan, dengan bantuan pengurus2 jenazah kariah kami serta mereka adik beradik, Ongah selamat dikapankan. dalam hujan renyai tu kami bawak dia untuk disembahyangkan kat masjid dan terus disempurnakan selepas tu. Dulu Ongah ada sorang anak lelaki, tapi dahpun meninggal sekitar tahun 2000 dulu akibat sakit jugak. Nasib baik la Ongah ada cucu lelaki n anak2 buah lelaki jugak. Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat kami berkumpul sesama untuk sempurnakan perjalanan terakhir Ongah semalam.

Walau apapun, yang pergi tetaplah pergi. Kepada yang tinggal, hidup mesti diteruskan. Amalan dan anak2 yang soleh/solehah la menjadi penghubung antara dia dengan kami sekarang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang2 yang solehah dan dikasihi Allah SWT.




 Al Fatihah utk roh Hjh Esah bt Main.

Wedding of D Century

Sabtu hari tu sempat g majlis kawen si Bob Kadir ngan Rakmawati kat DBP. Boleh la dikatakan wedding ni sebagai wedding of d century sebab memang tak banyak spesis STJ kawen ngan STJ jugak. Actually Bob n Rakma ni skulmet aku sejak dari form 1 to form 5 lagik. Cuma yang kitaorang tak tau is sejak bila depa ni bercinte kan. Masing2 bile ditanye memang tak bercakap pun pasal calon depa nih kan. Sehinggalah bulan bape tah hari tu Bob announced kat geng2 TTS kitaorang yang dia nak kawen pada 3/3/12 dengan Rakma. Disebabkan oleh iteww, kitaorang dahpun pakat ramai2 untuk attend diaorang punye majlis seawal jam 12.30tghari! Some of us are willing to wear  baju melayu lengkap bersongkok tinggi ala2 Pak Nil punyer tuh. Bagi memenuhi undangan tu kitaorang pakat ramai2 turun n sementara nak menunggu Bob n Rakma bersiap, kitaorang memenuhkan masa lapang yang ado dengan menyembang dan berposing kat depan dewan. Sebahagian besau kitaorang dahpun berfamily dan ada yang anaknya dah sama besau dengan mak pun kan. As ada jek wedding camni kitaorang akan berkumpul ramai2, kire sekali dengan reunion la nih. Hahahaa! Apapun, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kat Bob n Rackma. Semoga kekal ke anak cucu dan expacting more babies fron u guys nanti!

Khamis, 1 Mac 2012

Super Adin

Selasa & Rabu. Aku dengan Kak Kathy & Napi disuruh attend kursus untuk menjadi SUPER duper leader kt Hilton PJ. Sepatutnya ada Hj Mahmud sekalik, tapi disobabkan oleh keuzuran mako x dapek la dia hadir bersamo2 selamo dua hari tu. N sepatutnya jugak si Angah Fiza dan kami bertiga yang kena hadir, tp disebabkan dia ada tugasan luar negara ke Singapore..tu yang Hj Mahmud replaced dia tu dan tak jadik pulak sbb sakit. Fening tak korang bace ayat aku neh..? Hahahahaa...purposedly bagi ayat fenin supaya korang ;eh bace slow2.

Ok, antara lainnya, kursus super ini untuk orang2 super yang macam kami ni. Banyak input yang aku dapat pasal leadership ni dan aku rasa banyak jugak yang buleh aku applykan dalam keje harian aku kat opis ni. Super bapak n super mak kat rumah, super dawai kt opis yang dilanyak manager2 yg "tau siap" jek. Cuba soh derang yang buat sendiri, leh buat keww? Selain tu, kalo nak jadik leader, kena puaskan hati orang di atas dan orang di bawah kita neh. Bila kita jadi boss, bila kita ada kat depan, make sure kita tak lupe kat orang yang ada kat belakang kita tu. As a boss jugak, kita kena bertanggungjawab kat team kita. ni ramai yang jadik boss suke melepaskan diri dia jek. Bile ade hal terjadik, terus cabut lari n lepas tangan. Padahal ko dibayar untuk menjawab segala masalah yang berlaku tu... buat pogrem pandai, tapi talut nak sain, bleyy?? Tu takpe lagik, siap merancang nak cabut lari taim odit masuk opis pun ada. Kalo gitu, aku pun nak jugak buat pangai camtu kan? Boss tu kan jadik idola kat anak buah, betui dakk?? Kalo dia tanye nape ko larik?? Jawapan dia tu for sure la - aku ikut boss aa.. boss cabut, aku pun nak cabut juge lah..wakakakaa, best kan? T dalam entri yang lain, aku nak siry pasal 4 Quadrant lak. Dalam 4 Quadrant tu ada pangai2 kita semua yang as a super leader, kita patut tau supaya kita dapat capai hasil keje yang bagus dengan anak2 buah kita skalik...wakakaka..ok setel! Aku nak sambung buat keje okeh!

Mak Ngah Esah a.k.a Ongah

Minggu ni aku balik kampung. After another hectic month, here i am @ kampungku yang ku sayangi. jumpa mak aku rasanya macam dah seribu tawun tak jumpe. Tak tergambar dan tak terungkap perasaan aku lepas sebulan tak balik. Fone calls x sama dengan jumpe depan2 gitu. As aku ngan mak aku pun memang sesungguhnya rapat dan tak pernah berahsia pun each other. Feel so blessed when i met her and spend time with her selama 2 hari.

Satu lagik hajat aku nak jumpe dengan Ongah aku akhirnya tercapai. Sejak raya hari tu memang aku langsung tak dapat jumpe dia. FYI, Ongah aku ni keadaannya agak tidak sihat as dia sedang bertarung melawan penyakit (if i'm not mistaken) kanser rahim. 5 bulan lepas dia boleh bersembang, duduk dan boleh membelek anak aku. But yesterday...... keadaannya sangat uzur... hanya terbaring lesu dan tidak mampu berkata apa2 kepada aku... aku difahamkan yang dia sangat2 nak jumpe dengan aku. Aduhai, my prayers will always be with her. Semoga Ongah segera sembuh dan boleh nyembang dengan kitaorang spt biasa.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers