Jumaat, 22 Jun 2012

Belasungkawa utk Abg Wan... 16062012 1615hrs

Sabtu petang... memang tak aku sangka pada tarikh itu, pada masa itu dan pada detik itulah aku kehilangan sorang kawan. Detik 4.15 petang tu jugaklah menjadi detik getir hidup matiku sekeluarga. Sure korang pelik nape aku cakap gini kan? Sebabnya, pada masa tu jugaklah Allah telah "tutup" penglihatan aku seketika (masa tu aku tengah steer 140km/j melewati kawasan R&R Seremban otw balik ke kampung) untuk bagi imbasan kelibat Abg Wan sebagai 'alamat' yang dia dahpun pergi meninggalkan kita semua untuk selama2nya! Nyaris aku tak sodok belakang van Toyota Hiace putih tu, since imbasan tu memang betul2 membawa aku jauh ke satu ruang lain yang aku pun tak pasti dimana. Jeritan Lin & Cami lah yang terus menyedarkan aku dari "ruang kosong" tadi tu. Sepantas yang boleh, aku tarik steering tu ke kanan menjauhi lori yang hampir menyepuh aku di sebelah kiri & van Toyota yang hanya ada sekitar beberapa cm je dari bumper depan keta aku tu. Nauzubillah! Syukur pada Allah kerana masih memberi aku ruang untuk bernafas dan berkongsi kisah ni dengan korang semua.

Terus aku cari kawasan rehat, aku stop dan tak lama tu aku received call from Radzuan's phone. Tak sempat aku angkat dah disconnected. Aku redial balik nombor tu tapi x dapat. Elok je aku letak, terus masuk satu call lagi dari Kak Rok. Aku pikap call tu, terus perkhabaran sedih tu masuk dalam corong telinga aku. Hancur luluh hati aku dengar khabar duka ni. Aku try call balik no Abg Wan dan suara mude sikit dari Abg Wan yg jawab.  "Che Adin, ayah dah takdeeeeeeeee. Dia baru je meninggal tadi, accident dengan kereta kat Btg Kali...", kata Hidayat, anak Abg Wan. Rasa macam dihempap batu kepala aku yg tengah bedenyut2 dihentam migrain (padah bejemur tengah panas tengahari tadikk).Then, Zol tepon, Angah tepon, KK, Hj Sab, Pian Yahu & banyak betul aku received calls & sms daripada member2 opis bagitau berita sedih tu kat aku. Jemm aku beb! Sungguh aku blurr sebab baru bape hari lepas aku bergurau2 ngan Abg Wan n now u're telling me that he's GONE??

Sampai je kampung, aku terus roger budak2 opis yang dok hampir ngan rumah Abg Wan untuk wakilkan aku. Anything, just roger aku balik. Cik Mat Aziz, Aji Sab dan Zol antara yang terawal sampai kat lokasi kejadian. Kak Rok pun banyak bagi info pasal persiapan pengebumian Abg Wan. Depa jugaklah yang update aku about what's happening on that nite, since aku memang tak diberi kesempatan dan kekuatan untuk patah balik & pay my last respect to Abg Wan. Aku terkilan sebab tak dapat join geng2 opis yang lain sembahyangkan dan kebumikan dia pada malam tu. Kalau dekat memang aku gagahkan jugak. Kena pulak family dia nak kebumikan jenazah malam tu jugak as advised by doctor. Kalo kebumi pagi besok, memang sempat la aku rush and tunggu je kat tanah perkuburan islam kat Kerling tu. Memang flat habis aku malam tu sebab banyak sangat kejutan yang aku dapat hari tu... ape yang aku boleh buat, just memanjatkan tasbih, tahmid dan doa kepada Allah supaya merahmati roh sahabat kami tu. Tak putus2 jugaklah surah Al-Fatihah dan Yaasin aku panjatkan kepada roh Abg Wan sebagai "balasan" kepada ketidakhadiran aku utk meneman perjalanan terakhirnya tu..

Ahad pagi, lepas subuh Kak Kathy call aku dan ceritakan apa yang dah terjadi sebenarnya kat Abg Wan. Memang aku meraung la dengar kisah tragis ni. Dah 3 hari dia mengajar kursus aluminium PRT tu dan 2 malam dia tak balik rumah coz dia tidur kat hostel dengan penyelaras kursus. Lagipun rumah dia jauh nun kat Batang Kali tu. Pagi tu, jam 0600hrs dia called Lan Jaga and ajak Lan gi minum kat Mak Ton Bistro. Dia paksa Lan Jaga bangun tido. "Ko mesti datang jugak, wajib ni", kata Abg Wan. Siap served Nasik Lemak sebungkus ngan teh tarik untuk Lan. "Den belanjo" kata Abg Wan. Masa diaorang bekpes tu, Abg Wan pesan habis2 kt Lan Jaga suruh sampaikan salam mintak maaf dia kat seluruh kengkawan opis. Siap sebut nama each one of us. Selain tu, banyak lagi la amanat dia kasik kat Lan Jaga suruh sampaikan kat anak2 & wife dia. Aku yang mendengar cerita ni pun x mampu menahan sebak bila teringat detik2 sblm pemergian dia tu. Abg Lan Jaga pun x dpt menahan sebak bila ceritakan semula kisah ni kat aku. Abg Wan siap suruh wife n anak dia datang amik beg baju dia kat hostel sedangkan xdelah banyak sangat pun baju yg dia bawak. "cepat sikit datang, takut x sempat lak kang", kata Abg Wan kat wife n anak2 dia. Lepas abis kursus, dia pun gerak balik rumah, oldow ditegah dek peserta kursus sebab ujan renyai taim tu. Dia kata "bini ngan anak2 aku tengah tunggu aku kat rumah". Abg Wan nampak letih sangat mase tu, sebab dah 3 hari 2 malam dia all out ngajar dak kursus. Panggilan Khaliqnya lebih kuat dan dia balik jugak ke rumah dalam hujan2 renyai tu..

Lebih kurang kol 1615hrs, sampai je kat selekoh tu Abg Wan terjatuh motor. Saksi kejadian cakap, dia terpelanting dari motor, berguling ke sebelah kiri jalan and suddenly datang kete dlm keadaan laju dan melanggar Abg Wan. Teruk jugak dia cedera dan banyak tulang dan organ yg rosak sebab termasuk kt bawah kete yang tengah laju. Akibat cedera teruk tu, Abg Wan 'dipanggil pergi' di tempat kejadian. Dia eksiden dalam jarak 300meter dari rumah. Dah nak sampai sangat dah... malam tu jugak la anak2nya bercadang nak celebrate hari bapa ngan Abg Wan...aduhai...sedihnya aku bila terkenang kat budak2 tu. Yang paling aku sedih, anak dia si Angah tu dah siap masakkan lauk fevret Abg Wan - sambal tumis udang dengan petai untuk derang makan sama2 malam tu. Tapi, berserah, pasrah serta redha tu perlu kerana ni semua adalah ketentuanNya. Sebagai orang beriman, aku kena tabah. Aku hilang kawan, isteri hilang suami, anak2 hilang ayah tempat bergantung. Ofis lak dah hilang sorang jurulatih expert dalam bidang aluminium. Kat mana aku nak carik expert cam dia?? Only few in the market dan memang totally tak sama dengan Abg Wan...

Isnin, seluruh ofis diselubungi duka. Takde sorangpun yang ada kat ofis tu yang ceria. Everybody macam tak percaya yang Abg Wan dah takde. Kitaorang pakat ramai2, kita gi ziarah family Abg Wan gilir2. Aku ngan dak2 ni pegi sebelah petang. Sampai je kat rumah memang suasana masih hiba. Kitaorang ajak si Hidayat ceritakan ape dah terjadi. Rupa2nya dah lama diaorang peratikan kelakuan2 ganjil pada Abg Wan. Cuma kami yang kat ofis ni je yang tak berapa perasan perubahan dia. Kena pulak memang pangai aku ni suke berseloroh je ngan Abg Wan. Dari mule2 masuk keje dulu sampai la skang. Kalo ada masa terluang je petang2, memang kalo bukan aku, dia la yang datang kt tempat aku nyembang2 macam2 hal. Aku pun memang suke nyakat dia, fuh memang menjadi sangat aaa kalo kitaorang berdua ada. Tapi skang, semua tu dah takde dan dah jadi sejarah. Aku rase sangat kosong kali nih... memang kosong without him aroud. Bestpren dia si Abe Lan tu pun sure sedey kan... dah biasa berdua kesana kemari, alih2 tinggal sorang. Aku faham perasaan Abe Lan tu.. sangat faham.. sebab tu aku ajak dia pegi Kerling petang tadi...

Dah dekat seminggu, hari ni baru la aku berkesempatan gi melawat pusara Abg Wan. Now, yakinlah aku yang dia dah takde. Luput dari mata tapi tidak di hati. Indah lokasi 'rumah baru' yg dia selalu sebut tu. Tempat pun senang nak cari. Sedarlah aku jugak yang hari2 aku lepas ni takkan sama dengan minggu2 yang lepas. Takde lagi Abg Wan yang tinggi semangatnya, kuat fizikalnya dan tajam pemahamannya dalam sesuatu perkara. Cukup rajin membantu bila kita perlu tenaga dan kederat dia. Takde lagi "orang kampung" aku kat ofis. Takde siapa lagi yang buleh berkongsi cerita2 daerah Rombau dengan aku kat ofis. Gugur sebutir bintang yang gigih mengasuh anak bangsa Melayu dalam bidang perabot aluminium. Satu Malaya dah hilang Abg Wan. Bukan aku je yang kehilangan, bukan Angah je yang sedih, bukan Lan je yang sunyi, bukan Hj Sab, bukan Hj Mahmud, kak Rok pun bukan, tapi seluruh Malaya... dah hilang Abg Wan!

Sekali lagi aku titipkan al-Fatihah buat roh Abg Wan. Hilang dimata tapi dihati, kau tetap ada. Semangat dan kegigihan Abg Wan tu akan tetap kami teruskan dan tersemat di hati kami sampai bila2. 

Takziah jugak untuk balu Allahyarham, Kak Ain sekeluarga. Aku doakan semoga korang tabah menghadapi dugaan dan kehidupan baru tanpa Abg Wan di sisi. Apapun, kehidupan perlu diteruskan as perjalanan kita masih jauh.. menuju negeri abadi tu. Kita pun akan kesana satu hari nanti kan, so cekalkan semangat untuk menempuhi hari2 mendatang. My doa will always be with u guys..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers