Isnin, 30 Disember 2013

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul - Sahabat



MV ni wa suke sebab derang main ala-ala street musician. Pernah tengok mv camni as Il Divo pun pernah bikin untuk lagu depa (lagu petah aku dah tak hengat). Good effort guys..kalo ada versi akustik lagik layan as wa memang suke layan acoustic ni. WA dedicate lagu ni untuk sahabat2 wa yang ada di luar sana. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2 beb!

iamNEETA - Terima Kasih (Akustik)



Ini hari wa layan Youtube sambil2 buat keje. Lama tak masuk dalam ni so tak perasan derang dah keluarkan versi Acoustic Room untuk lagu ni. Sempoi sungguh as depa main lagu ni secara 'unplugged'. For me, budak2 ni memang talented dan patut diberi peluang untuk expose lagi dalam arena muzik Malaysia. Japgi aku kasik share lagi satu vidclips 'Sahabat' plak k!

Pencuri - Mark Adam (Official Music Video)



Lagu ni memang sempoi sebab ada elemen 50's on it. Walaupun latar penceritaan adalah di zaman ini, tapi suntikan elemen 50's tu menghidupkan lagu ni. Aku suke. Dalam kete pun kalo pasang lagu ni Cami n Zihni cepat2 cakap, ni lagu abah...haha.. enjoy guys!

Khamis, 26 Disember 2013

Hepi besday Dodek Uwais

Siaran tertunda. Sebenarnya aku dah lama sangat nak buat entri pasal si dodek ni. Baru harini aku berkesempatan nak nulih. Korang kenal kan anak aku yang tomey nih... dah dua tahun pun dah umo dia...2 aribulan doblas dua puluh tigablass. Kemain membesar dengan chargass, cherrrdik, hensem macam abah dia jugak dan yang paling penting dia dah boleh cakap!! Siang malam pagi petang kalo ada masa memang aku dok layan dia punye keletah la. Dalam kereta boleh nyembang, "Aaaaabah! tu kete melah sape punye ?" (Abah, tu kereta merah sape yang punye?). Kalo cakap degan abang dia pun sama, dia sure taknak ketinggalan soh borak dengan dia jugak - "Adek polak...adek polakk..." (adik pulak, adik pulak). So, sempena birthday adik yang kedua ni, abah nak ucapkan selamat hari lahir untuk adik tersayang. Sungguh comel pandai amik ati abah dan ibu. Cerdik, cergas, pintar dan membesarlah dikau wahai puteraku sebagai seorang anak yang taat kepada Allah, Nabi serta kedua ibubapa mu. Kami sentiasa akan berada disisimu dalam apa keadaan pun, InsyaAllah. Semoga Allah mengurniakan segala kelebihan dan kepandaian supaya adik dapat membesar menjadi hambaNya yg bertaqwa kelak.
Ni la besday boy abah ni

Kek besday syayeee

Adik tunjuk "peace"

Dah abih exam

Skang tengah cuti semester...adalah 3 minggu dibagi cuti sem pun. Dah nasib geng2 trisemester cam kami ni cuti sem memang tak lama. Exam haritu quite well, cuma jawapan tu ler aku tak pasti well ke jadik sewel. Semua jenis open book, so....master level kalo open books dia punye expectation mmg tahap dewa la. Best of the best, ada satu aubject exam final dia adalah "presentation". So, ketaq lutut jugak coz itulah our 40% marks for the exam....hmmm... I think my dear fella's Theyagu, Nadia and Mages sangat faham dengan situasi ni..hehehehe...I know what you're thinking guys! Kecut perut sebab kitaorang dok pikirkan sama ada masihkan wujud "A" dalam slip result for last semester?? Scary kan? So lepas abis sem lepas aku ada lagi 3 paper to be completed within this semester. My other 3 frens semua dah tinggal satu paper elektif dan ready for their research project. Depa adalah member aku daripada sem satu dan aku harap aku akan dapat grad sama dengan derang next 2 sems.



Isnin, 11 November 2013

Kelas muzik

Aku dah lama terpikir pasal nak hantar si abang tu gi kelas muzik, sebab aku nampak kecenderungan dia tu kat alat muzik. Maybe ngikut jejak langkah n minat aku men alat muzik kot, maybe... Tujuan aku nak hantar dia gi kelas muzik tu just untuk bagi dia satu knowlegde dan meningkatkan daya tumpuan dia dalam sesuatu bidang. Harapan aku jugak, by joining kelas muzik tu, minda kreatif dia akan activate dgn lebih baik lagi dan menajamkan skill belajar dia. korang rasa mana yang lagik besh? Piano ke kelas gitar ek? Tangan dia kecik lagik nak ngenggam dan menekan fret gitar, tp tu bukan masalah. Aku pun sampai pecah2 jari menekan tali gitar mau kasi itu bunyi keluar (masa kecik2 dulu).... grengg...gronggg.. grengg... aku nak tukar la string gitar akustik aku tu guna tali nylon n nak bagi dia main gitar tu kan. If dia belajar piano pun ok jugak ek, tp poblem sikit kalo kat rumah sebab aku ni baru peringkat beginner je kalo bab men piano ni.. camne aku nak ajar dia men piano sendiri kt rumah.. hmmm... tengok la camne nanti kan. For beginning ni kita bagi yang itu dulu kat dia kan? 

Di samping tu, aku nak antar dia gi mengaji Quran kelas al-Baghdadi tu. Aku dah tengok beberapa "tiub kau" pasal teknik ni dan aku rasa iteww budak akan minat utk belajar mengaji. Or aku pun tengah konsider whether aku sendiri nak ajar dia ngaji, camana yg abah aku ajar aku dulu..best gak tu, kalo di tu salam akhirat aku tu. What if x jadi, sbb dia ni kalo dgn aku je mule la nak manje2... tengok la mana satu yg terbaik aku buat la untuk dia. Dia dapat tablet arab tu haritu kemain suke dia. "ilal liqa" kata mender tu bila nak shut down. Malam2 skang ibu dia bagi kelas tuisyen kat dia, nak kasik dapat baca laju cepat2. Next year dah nam tawun. 2015 dah masuk Tahun 1, huish sekejap je masa berlalu beb. Pejam celik ejam celik, dalam pada tu aku pun "padam" la nanti. Huhu... 

November suda

Aduhai, kejap je dah masuk bulan sablas. Aku rase cam baru je haritu tengok new year punye bunge api. Dah nak masuk tahun baru plak dah...hahai, sabau je la. Esaimen pun banyak lom buat lagi, so malam ni aku plan nak pulun siapkan mana yang ada tu cepat2. Nanti dah dekat2 takyah nak stay up sangat, just get ready utk exam je la. As usual jugak, kalo dah sampai ujung2 tahun ni musm ujan pun mari maa.. tak kira taim la kalo dia nak turun pun. Semalam masa gi majlis kenduri kawen anak Abg Din nasib baik tak ujan. Kalo tak emang kene berlari2 la cam gi wedding si Nash last month . Pagi tadi ujan lebat taim2 dah dekat nak gi keje tu... fuh, puas gak la aku menyelubungkan dua gudi2 aku tu ngarung ujan. But, they 're fine dow...lagi excited nak men ujan kalo depa sedar masa aku bawak lari tadi. Cam pagi tadi aaa, saje2 je dia nak pijak tempat yang ade lopak air tu kan..haha. Ok, ape yang besh masa bulan november ni? Cuti deepavali baru ni aku dapat balik dan tidoq kat kampung lama sket coz sem ni kelas aku semuanya hari Sabtu. Balik tetap kena balik kg as usual, tapi terpaksa balik hari je sebab the only day yg free for every week adalah hari Ahad. Ni ada pablik holidey ni dapat la tido 2 malam kt kampung. Gathering dgn adik beradik yg regularly balik ngan aku tu. Si abg cami siap sambaw lembu dua ekor kt giant utk dia ngan dodek...wakakaka! Memang terbaek la wokk. Masa gi Melaka tu pun kena bawak lembu dia tu sekali. Penuh part belakang kete aku tu bawak lombu2 tu. Sekul punye cerita, dah nak sampai ujung sem dah nih. Aku dah mule rsau sebab nak exam dah ni. Harapan aku sem ni jangan la demam time exam. Kena start beli multivit balik ni kang... jangan dok sibuk bagi gudi2 je makan vit C, aku pun kena makan jugak. Nadia, Theyagu n Mages rasanya dah start pulun wat esaimen, aku bile lagik?? ahahahaaaa... takutnya aku...

Jumaat, 8 November 2013

Kau Pergi Jua

Smalam senja masa balik keje aku dengar lagu ni kat Hot.fm. Memang masyuk, memang best. Dak duaorang ni kalo combine memang meletup gengg... layan.

Kau pergi Jua Dari hidupku 
Kini sendiri Dihari hariku 
Pulang Kedakapanku 
Aku ingin kau selalunya disini 
Hanya hadirmu bisa Menyatukan masa kita berdua

Kau pergi Jua Dari hidupku 
Kini sendiri Dihari-hariku 
Aku ingin kau selalunya disini 
Hanya hadirmu bisa Melenyapkan 
segala sunyi disini 

Pulang Kedakapanku 
Aku ingin kau selalunya disini 
Hanya hadirmu bisa Menyatukan masa kita berdua

Pulang Kedakapanku (kedakapanku) 
Aku ingin kau selalunya disini 
Hanya hadirmu bisa Melenyapkan segala sunyi disini

Cap Ayam

Kita ni suke sangat cakap pasal brand2 ni kan. Sampaikan satu tahap tu bila kita nak cari ubat gigi (padahal nak cari brand lain pun) kita sebut kolget, nak beli majerin pun kita sebut planta, cari minyak rambut kita sebut bekrim, cari piasau cukur kita tanye "Jilet ade?" dan bila cari sardin, sure korang ingat satu brand ni - Cap Ayam! Yesss! Itulah powernya brand ni sampaikan panggilan cap ayam ni dah melekat dalam kepala kita. Datanglah ape brand lain pun, mesti tak sama dengan sardin Cap Ayam.

Now, aku nak cerita pasal mender lain yg Cap Ayam jugak. Baru2 ni aku ngan femeli pegi Melako sesaja jenjalan. Then kitaorang pi la naik kat Pahlawan Square tu, naik je tingkat atas skalik aku jumpe satu kiosk yang very the vasss vuss milik sorang bro yang ohsemm. Korang tau ape aku jumpe? Aku jumpe t-sert Cap Ayam yang sanntek nih. Macam-macam desain ado, tapi banyak dah yang kena borong aku rase... sebab masa aku pegi tu baru je abis coti Deepavali. Tinggal desain utk saiz2 yang dah tak berapa nak ada je la. Tapi bro tu cakap dia dah order reprint dan aku akan revisit balik kedai dia tu dalam masa terdekat ni. Tapi petang tu sempat gak la aku rembat t-shirt sorang selai. Macam yang korang leh tengok lam gambar ni kan, ada macam2 desain kat sini. Nak camane, semua bro apek tu leh carikan. Memang khelass la wey. Balik rumah aku gugel plak, tu dia punye la feymes brand ni sampai ade satu mamat kat US ni pun dok import dan komersilaiskan brand ni kat sana. Memang ada kemajuan, perkembangan yang bagush. Sape cakap Cap Ayam takleh pegi ke serata dunia? Hahaha... kepada yang lom kenal t-shirt Cap Ayam ni, korang leh la masukkan ini URL :
https://www.facebook.com/media/set/set=a.330022873695123.86237.328764687154275&type=3


Isnin, 28 Oktober 2013

My gudi-gudi is 5!

Korang biasa tengok dia punye hasil karya kat dalam blog aku ni. Kat fesbuk pun mamat ni tak kurang glamournya. Banyak gambar dia sejak dari kecik sampailah yang terlatest ada dalam tu. 5 tahun lepas dia lahir membawa cahaya baru dalam idup kitaorang. Lambang kasih sayang dan cinta dalam perkahwinan kami. Abang Cami la ni dah ada adik untuk diajak bergurau senda, dah ada sparring partner utk share pengalaman baru yg dia belajo dari sekolah. Even dow dah ade adik, tapi dia tetap jadi abah's best company kalo pergi mana2 dan dalam semua aktiviti abah. Hari2 pun dia jadik abah punye co-pilot taim pegi dan balik keje. Kalo taim dia sakit, perjalanan abah gi balik keje terasa sungguh kosong. Aku harap lepas2 ni daya tahan sakit dia makin baik dan membesar dengan sempurna macam budak2 yang lain.

Citer pasal besday parrrty dia tahun ni, aku buat kelainan sikit. Bukan nak ikut mat salleh berparti2 bagai ni, tapi memang dah budaya aku sekeluarga utk selebret birthday ni sebagai peringatan yang umur semakin meningkat. Kena lak cami ni kecik lagi, so ape la salahnya kita sambut birthday dia utk happy kan dia sikit. Asyik dia je yg selebret birthday kengkawan sekolah dia, now turn dia pulak nak rasa happy gitu. Selalu pun sambut birthday dia kat rumah je dgn ibu n adik dia. Kemain hepi lagik dia dapat selebret birthday dgn kawan2 skul dia, ngan bespren dia sejak kecik - Ayish. Kalau ada rezeki, next year pun aku nak sambut lagi birthday dia kat situ as dia pun dah nak skul on the following yearsnya tu nanti. Gift tahun ni pun kami buat kelainan jugak as we bought something yg lebih "educated" utk dia. Nampaknya dia suke ngan mender tu. Besok aku nak gi kedai Yamaha Music nak cari mender fevret dia tu lak.

Hepi befday sayang. Abah nak Abang ta yang abah, ibu n adik sayang sangat2 at Abang. Semoga abang membesar dengan sihat, dikurniakan akal yang cerdik dan cergas dalam pelajaran, menjadi anak yang soleh, mentaati perintah Allah, RasulNya, patuh kepada Abah dan Ibu, cemerlang di dunia dan di akhirat nanti InsyaAllah. Hugs n kisses from all of us.

In the Middle of My Journey to Beat d Destiny

Salam guys. Pejam celik, pejam celik aku dahpun sampai ke pertengahan 2 tahun pengajian aku dalam mencapai mimpi bergelar sarjana. Fuh! Aku pun tak pasti camana aku leh sampai ke tahap ni coz aku masih lagi dalam 'bla bla bla, bla bla bla" wakakakakaaa! Pointer wise, not tooo bad as a mahasitua like me otak semua dah berkarat!!!

Nak citer pasal study ni, aku register awal tahun ni kat one of the faymes city campus yg ada di KL ni. Bidang, as i medntioned before = Human Resource la. Masa degree dulu tak dapat amek course ni, so peringkat selanjutnya ni aku amik la bidang yg aku idam2kan ni. Kenapa aku amik bidang ni? Aku tak pasti why did i take this course, but maybe sebab bidang ni sedang meningkat naik dan baru je diiktiraf sebagai salah satu bidang kepakaran utama sebaris dgn bidang2 profesional lain (cam akauntan, lawyer, arkitek, medical dsb). Las wik aku duduk bercerita ngan geng2 grup study aku tu, next sem kita ada satu subject je la yg tinggal kan geng! Tapi tu derang, aku ada3 subject lagik as masa 1st & 2nd sem aku amek 2 subjects je as a sesi pemanas badan. Now full swing la utk make sure abis dlm masa 2 tahun n boleh la fikirkan utk sambung PhD lak kot?? haha, InsyaAllah, Dia akan bantu dalam menunjuk jalan aku nanti. (Smile :-)).
Nothing's new about me. Still the same as before. Cubaan nak jadik kurus GAGAL sebab lepas raya aku makin berselera nak makan. Tension with kerja n study makes me lagi galak nak munch makanan. Tp aku tahan2kan jugak. Food lagi bahaya daripada cigarette beb. Trust me. Dia akan trigger kepada lain2 penyakit kronik. Rasa cam nak isap rokok balik, tp rege rokok dah makin mahal. Anak aku pun dah 2 orang. Exposure pun banyak pasal fatwa haram merokok tu. Tambahan pulak ada 14 ribu jenis bakteria yang terhasil dari tindakbalas air liur perokok dan chemical dalam asap rokok. So, my answer to smoke balik tu - FORGET IT! Once aku dah berenti, sori la aku nak start balik. Mender buruk lak tu, kalo mender baik lain la. Mungkin la aku akan start over balik. Takde pekdahnya merokok ni. Sedap tu sementara peparu korang masih boleh absorb segala racun tu. Member aku pun dah ada 2-3 orang yang kojol disebabkan rokok ni. So, pesanan aku kat geng2 yg masih lom sedar2 nak berenti rokok tu...bawak2 la cuba berenti. Sian anak bini kalo kita mati muda sebab rokok ni. Islam pun cakap merokok tu haram...so lu pikir la sendiri wok!

Isnin, 5 Ogos 2013

Raye...raye ...rayee

Kejap je rasanya puasa tahun ni. Hari ni dah masuk hari yang ke 27 dah. Lagi 2 hari je lagi nak raye. Alangkah cepatnya masa berlalu. Tak terjangkau dek aku betapa pantasnya masa sebulan tu. Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Fajar Syawal pulak bakal menyinar pagi Khamis nanti. Banyak betul perkara yang dah terjadi dalam tahun ni, especially dalam family kecik kami ni. Mana dengan eksiden kereta, aku dapat kelulusan management utk  study balik, adik ipar masuk sepital, kete wira eksiden lagik dan seumpamanya. Walau apepun, syukur kepada Allah SWT kerana bagi lagi peluang untuk aku sekeluarga hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Las entri aku citer pasal experience Ramadhan time kecik2 dulu kan. Bulan ramadhan ni jugaklah yg menyatukan aku dengan Acik aku semula. Alhamdulillah, life must go on kan weyy? Mender lama xsah citer lagik dah. Ok, pasal persiapan raye plak, so far dah 90 persen ready, tinggal kepek2 dan songkok dak2 kecik tu jew yag belum beli. Tu pun tengok perlu ke dak, if not xyah beli aaa. Ketayap adik pun muat lagi tu, baru sekali jek pakai. Semalam dah gi beli kasut raye dah, dapat yang serupa aku beli abang dgn adik. Adil la kat depa dua beradek. Wakakakakaaa..

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada korang yang sudi membaca blog aku ni. Maaf Zahir dan Batin jugak aku pohon kat korang sekiranya aku ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan dan berbagai "terr.." lagi. Kepada yang balik beraya di kampung tu, drive carefully, safely dan jangan nak rush sangat. Berhenti kat tepi jalan tu kalo mengantuk. Tido dulu. Kelalaian 2 saat tu boleh mambawa padah. Tak lari kampung dikejar. Sure sampai punye walau lambat camana pun. Tahun ni aku raya kt kampung aku sendiri, so tak sabar dah nak balik jumpe mak n sedara mara. Sempatlah berbuka pose dengan depa pada hari terakhir pose tu nanti.

Rabu, 3 Julai 2013

Kali Pertama


Best jugak video clip ni sebab ada kelainan dan jugak genre lagu ni cam 50's punye arrangement. Anyway, saja nak post sini sebab ramai jugak yang tak kenal ngan Asmidar ni. Dia memulakan karier sebagai penyanyi lagu22 Asli apabila menjuarai ‘Bintang Asli Remaja Kebangsaan Kategori Wanita 2006’. Then dia masuk program realiti "Vokal Bukan Sekadar Rupa" pada tahun 2011 sebelum sign contract dengan Warner Music dan lahirlah album ni. Video clip cas2 Alice in Wonderland memang sesuai dengan lagu yag ala2 lullaby tu jugak. So enjoyy!

Selasa, 25 Jun 2013

Almost there...

Pejam celik pejam celik, kurang dari 15 hari lagi kita akan menyambut bulan suci Ramadhan al Mubarak. Rasanya baru sangat kita masuk ke tahun baru 2013, now dah nak puasa semula. Alhamdulillah tahun lepas aku dapat berpuasa penuh sebulan. Before that dapat ganti puasa yang tertinggal akibat sakit pada tahun yang terdahulu. My friends pun ada yang sedang ganti puasa skang ni. Di samping kemeriahan puasa yg amat aku nantikan ni, aku teringat nostalgia berpuasa zaman kocik2 dulu kat kampung dengan kengkawan2 yang sezaman dengan aku. Saat yang paling best pada aku ada tiga. Pertama masa bersahur. This is where my mood utk bersahur tu sama jek dari kecik sampai la ke umur sekarang ni. Masa kecik2 Omak kejutkan aku jam 4.30pagi. Juadah sahur tak banyak pun. Nasik panas, lauk sambal sardin, tumis air kobis dan ikan masin. Tu pun dah cukup menyelerakan. Kompem habislah aku nyer nasik satu pinggan. Time bulan pose jugaklah aku akan teringatkan kenangan manis bersahur dan berbuka dengan kakak2 dan abang aku. Abang aku memang berselera kalo taim bersahur. Nasik sejunjung tinggi pun boleh habis. Time buka pose tu air of course air batu. Tak kisahlah air sirap ke, cincau ke, air gess ke (korang tau air apo tu bai?). Kalau taim buka pose, Acik aku suke buat air sirap selasih. InsyaAllah, puasa kali ni kita dapat buka pose bersama balik ye Cik. Aku teringin nak rase air sirap selasih yang Acik buat tu. Nostalgia sungguh. Even taim aku bujang dan duduk kt rumah Acik dulu pun aku masih berpeluang menikmati kelazatan air sirap selasih yang Acik buat. Beribu orang yang buat air sirap selasih, tetap tak sama dengan yang Acik aku buat. Hidangan spesel Omak aku buat taim buka pose plak - Goreng Buah Kurma. Even Maryami 3A pun mak aku leh goreng dan terbukti sedap.

Tu belum aku citer experienced aku g solat tarawikh nek BMX dengan my kampung mate Anot tu lagik. Dah umur2 macam ni kalau ingat2 balik cerita2 lama tu, rasa2nya memang nak kembali ke zaman kecik2 tu balik. Sebabnya, pada zaman tu kita memang enjoy kita punye childhood tu dalam ertikata yang sebenarnya. Basikal takde lampu, aku ikat torchlight abah yg panjang tu kat handle dan jadi lampu beskal yg cemerlangg. Las2 abah kesian, dia gi belikan aku lampu beskal yang powered by dynamo yg diattachkan kat tayar beskal tu. Nak lagik terang lampunya, kita kena la kayuh lelaju. Seingat akulah, aku start gi semayang terawikh masa umur 6 tahun ikut abang aku gi masjid nek moto. Tu la untungnya jadik adik bongsu ni. Masa kita kecik2, kakak ngan abg dah besar2 dan boleh layan kita betul2 sebagai seorang "adik". Tapi aku taklah amik kesempatan di atas keadikan aku tu untuk dapat ape yang aku ndak.

Citer bab mercun?? Lom lagi... pose pun belum start lagi. Next entrilah aku citer. Lagi satu, tahun ni la jadik ramadhan yang aku rasa tak kurang bestnya sebab aku kena layan lecture 7 jam non stop (after 14 years aku tinggalkan zaman student aku). 2nd sem ni quite mencabar coz paper makin tuff, pointer kena naikkan, kene pulun coz lepas je raye dah exam final utk sem 2. Assignment pun dah belambak dapat... larat tak larat je la nak layankan. Till then, ada citer aku tulih lagik ok!

Jerobu bukan Jelobu

Sehari sebelum hari gaji, KL tenggelam dalam lautan jerebu hasil kerakusan segelintir manusia meraih keuntungan berlipat ganda nun di tanah seberang. Kita yang jadi warga kota metropolitan ni la yang menerima tempias daripada impak jutaan ringgit yang depa dapat. Cam haremm tak? Diaorang yang kaya raya, kita dapat apa? Sedut debu asap utan yang depa bakaq saja ka? Tak cukup dengan tu, anak-anak kecil kita menanggung sengsara coz kena hirup segala debu yang depa hantaq mai ikut arah tiupan angin. Sehingga entri ni ditulis, IPU kat Batu Muda mencatatkan peningkatan ke paras 191 wooh. Belum bahaya lagi, tapi dah tak sihat la dah. Topeng muka menjadi barang mewah skang ni sebab susah nak dapat. Lin cakap kat opis dia uncle M jual sekeping singgit. Dah tu bukan yang jenis canggess punye lak tu, yang jenis patsegi tu jek. Mujur dak Jiji bukak stor tadi n terjumpa ada mask lebih2 training tu. Dapat gak la pakai sementara nak dapat beli yang sendiri punya tu. Pagi tadi pun keadaan quite disaster jugak since jarak penglihatan sekitar 1km jek. Malam tadi aku urge tokey taska anak aku soh bukak daycare sebab both of us (aku ngan Lin aa) ada meeting penting kat ofis. End of da day, ada pat orang budak je yang datang daycare harini memadangkan keadaan kualiti udara yang quite bad. Kerajaan pun dah arahakn supaya sekolah2 di sekitar Selangor dan KL tutup harini. Jalan quite smooth. Nafas je tak bape smooth sebab banyak bendasing dalam udara yang kita dah start telan dan hidu snce yesterday. Pegilah ceruk manapun, bau terbakar dalam udara tu dah cukup kuat dan sungguh memeningkan kepala, ditambah pulak dengan suhu panas sekitar 37-40'C kesan daripada haba yg tak boleh naik ke langit....
Lepas ambik dak Cami kat skul tadi, terus gi amik Lin n Zihni kat Bangsar. Kol 6 petang, tapi jerebu punye pasal dia punye gelap dah macam kol 7.25ptg  dah. Even though budak tak skolah, jalan Bangsar tetap jem. Managed to escape from jammed tu dan sampai BBSB terus gi kat farmasi feveret. Tanye depa ade tak jual mende alah ni, tapi dak kedai tu cakap dah abis. Fuh, rakyat melesia dah buat pembelian panik sampaikan face mask yg biasa tu pun habis. Inikan pulak yang jenis luarbiasa tu, lagi la habis. So, aku pi carik kat farmasi yang baru bukak tu. Ada berkotak2 stok mask dia yang baru sampai. Syukurlah ada mask ni dan masih dijual dengan rege biasa. Cami ngan Zihni masih asing lagik dengan mende alah ni, tapi aku start ajar dah depa pakai walaupun depa rasa tak selesa. Risau aku, depa pun tengah nak recover daripada batuk n selesema tu. Datang pulak bencana alam yang macam ni. Sebelum jadi teruk, baik kita prevent dulu. Kasik je pakai, lelama depa pandailah nak guna camana kan. Besok depa akan duduk rumah dengan ibu diaorang, hopefully everything will be ok. Bagi gi sekolah pun kalau udara kotor nak buat hape kan? Tunggulah keadaan reda sikit dan udara kembali ok, then aku antar balik depa g skul jumpe cicer ngan kengkawan lain. As usual, nama member2 rapat dia tu tak lekang dari bibir disebut sampai la lolap di mato... allrite, chiow dulu. Next entri aku citer kesah lain lak ok.

Ahad, 23 Jun 2013

Doktor Google

Salam semua. Ahhh, good to be back in my pitt as kemain banyak lagik cik2 dokumen yang dok tunggu untuk aku semak dan buat kat dalam tray ni. Kene setelkan cepat2 dan wiken ni boleh layan benda lain cam assignment ke, reading ke etc.So harini aku nak cerita pasal kejadian semalam tu. Aku empat beranak semuanya sakit dan tak terdaya nak gi sekolah dan kerja. Aku ngan si Ibu sakit pala and dak2 dedua batuk kuat. So, kitaorang pun pergi la ke klinik fevret (panel ofis) kitaorang tu. While waiting for doctor to come sempat la dak2 tenit duaorang ni belari ke hujung ke pangkal test lantai klinik tu kuat ke tak..hahah! Then sampai la turn kitaorang masuk dalam. Doctor baru ni. Kami x pernah jumpa lagi mamat ni, but he's good. Sambil2 dia diagnose tu dia bukak browser check pasal penyakit kitaorang. Tujuan dia tu bukan untuk cari info untuk dia, tapi untuk kitaorang supaya kitaorang faham. For example, masa dia tengah diagnose nape BP aku tinggi sikit tu, dan dia tanye aku ni smoking ke tak, minum kopi ke tak, cukup tido ke tak... dia pun masuk la ke website green coffee untuk suggest kat aku untuk minum kopi tu untuk replace kopi yang aku sedang minum skang ni. Pastu masa diagnose si cami ngan adik pun dia bukak Google utk cari what is bronquiolitis is all about. Pastu suruh kitaorang balik baca for our better understanding. Cara dia check pun bagus so tu yang buatkan kitaorang rasa confident dengan apa yang dicakapnya. Nak lagi best, dia siap suggest beli mesin nebulizer untuk dak cami ngan zihni daripada dia....huhu very informative and resourceful. Apapun, kami pun sedang recover skang. Aku pun dah tak migrain lagik, ubat yang dia kasi tu pun masih ada lagik standby kan, maklumlah musim2 panas ni kerap je nak kene migrain tu. Tapi he's effort memang totally good as dia nak patient dia pun faham dengan situasi kesihatan masing2 dan jelas dengan kaedah rawatan yang dia kasik. Orait, nanti kita sambung di lain entry ok.

Selasa, 18 Jun 2013

Setahun dah Abg Wan pergi...

Gambar kenangan aku dengan arwah Abg Wan dan anak2nya
Ahad lepas 16 Jun 2013 genaplah setahun pemergian Abg Wan menemui Ilahi. Aku rasakan macam baru je semalam aku dok bergurau senda dengan dia. Macam baru semalam jugak la aku dapat khabar berita buruk pasal pemergiannya tu. Macam baru semalam jugak la dia datang bersembang dan berseloroh dengan aku pasal keja dan macam2 kisah pengalaman dia kerja kilang masa muda2 sikit dulu. Hilangnya tak berganti. Takkan ada gantinya. Kalau di kalangan usahawan perabot ni sebut je nama En. Wan / Cikgu Wan depa sure kenal punye, cukup expert dalam kerja-kerja aluminium. Memang Abg Wan ni jenis yang peramah dan kalau dia yang assist instructor kursus, dia akan curahkan apa saja skill yang dia ada kepada para peserta tu. Apa yang perlu diberitahu dia akan beritahu. Setahun berlalu, kita titipkan bekalan Al-Fatihah ke atas roh Radzuan bin Mohamad. Semoga Allah menempatkan roh Abg Wan di kalangan kekasih2Nya dan dicucuri rahmat...

Pelupa...

Salam guys! Lama tak nyembang kan. Now nak cerita sikit pasal satu tabiat yang makin lama makin kuat terjadi kat aku dan mungkin jugak terjadi kat korang. Kadang2 gejala pelupa ni quite menyusahkan kita especially kalo pepagi time tengah kelam kabut nak gi keje tu, dah kunci rumah dengan segala macam padlock kang nak kene bukak balik sebab trtinggal henpon ke, wallet ke. Kejadian yang paling baru kan cam pagi semalam la. Siapkan abang Cami dengan segala macam dah. Pakai uniform skul cantik2, pastu pakai stokin, alih2 sampai sekolah baru teringat kasut sekolah dia tertinggal atas tembok kat yard blakang, aduhaii tensennya aku. Takkan nak gi gegar rumah Mommy Pija Hat dia lak pepagi sebab nak pinjam kasut sekolah ayish kot?? Last2 terpaksa la pegi kedai runcit carik selipar. Seb baik la ada kedai runcit yang bukak awal pagi semalam. Kalo tak dibeli, takkan aku nak biarkan anak aku jalan kaki ayam lak kang kat skolah....huhu. Nasib baik sekolah tadika, kalo dah masuk sekolah rendah kene gini memang jawabnya kena libas ngan cikgu disiplin la dia hari tu.

Sebenarnya masalah pelupa ni memang kerap terjadi kat kita semua, terutamanya yang berkerjaya. Banyak sangat benda yang kita perlu ingat sampaikan yang simple2 pun kadangkala kita x ingat. So, aku came across satu blog ni. Penulis blog ni pun pelupa jugak, so aku cilok sikit dia punye sebab2 mengapa kita ni mudah jadik pelupa....

1 ) Melihat perkara- perkara yg haram.

2) Membuang air kecil semasa menggosok gigi.

3) Meminum atau memakan makanan yg bercampur semut

4) Tidak membaca al- quran.

5) Meminum atau memakan dari sumber yg haram.

6) Mengumpat dan mengata.

7) Asyik bercinta-cinta ( bukan cara islam )

8) Terlalu memikirkan yg bukan-bukan.

9) Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

10) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.


11) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

12) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

13) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

14) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

15) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

16) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.



Selasa, 11 Jun 2013

Mat Seth cakap tangan aku kena ikat camni, sebab tu takleh nuliss
Dah naik besawang blog aku ni tak aku hapdet2. Sampai ada sorang kawan aku siap hantar gambow ni tanda boring sbb masuk je blog aku xde pape dalam tu...masih mender2 lama jugak. So many things happened since my last entry last year. One of my angan2 pun dah tercapai as secara rasminya aku berstatus "mahasiswa" a.k.a mahasitua semula awal tahun haritu. Tempat study pun masih U tempat aku amek degree dulu, cuma lokasi je di lokasi baru yg lebih city dari yang dulu. Glad to be back guys! Dah abis sem pertama dah n sekarang dok struggle utk 2nd sem. Hopefully aku dapat cope dengan sistem study sekarang ni as i left my campus life for almost 14 years back. Menggeletar lutut masuk kelas dan exam yang cukup lama dah aku tinggalkan. By da way, berkat doa family dan kawan2, I managed to get a good pointer jugak for the kickstart. Pogrem baru, classmate baru, lect pun baru2 n berpeluang jumpe dengan couple of my coursemates yg dah jadi lect jugak kt situ. Wiken ni ade kelas lagik, so harap2nya dapat jumpe lagik kengkawan yg mengajar kt sini. Seronoknya kalo dapat flashback balik kisah2 nakal time sesama jadik student dulu kan... ok guys. Nanti aku bubuh lagik entry2 menarik yg berlaku time2 aku offline n "offhand" mcm si Mat Seth ni habaq kat aku haritu...chioww!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers