Selasa, 25 Jun 2013

Almost there...

Pejam celik pejam celik, kurang dari 15 hari lagi kita akan menyambut bulan suci Ramadhan al Mubarak. Rasanya baru sangat kita masuk ke tahun baru 2013, now dah nak puasa semula. Alhamdulillah tahun lepas aku dapat berpuasa penuh sebulan. Before that dapat ganti puasa yang tertinggal akibat sakit pada tahun yang terdahulu. My friends pun ada yang sedang ganti puasa skang ni. Di samping kemeriahan puasa yg amat aku nantikan ni, aku teringat nostalgia berpuasa zaman kocik2 dulu kat kampung dengan kengkawan2 yang sezaman dengan aku. Saat yang paling best pada aku ada tiga. Pertama masa bersahur. This is where my mood utk bersahur tu sama jek dari kecik sampai la ke umur sekarang ni. Masa kecik2 Omak kejutkan aku jam 4.30pagi. Juadah sahur tak banyak pun. Nasik panas, lauk sambal sardin, tumis air kobis dan ikan masin. Tu pun dah cukup menyelerakan. Kompem habislah aku nyer nasik satu pinggan. Time bulan pose jugaklah aku akan teringatkan kenangan manis bersahur dan berbuka dengan kakak2 dan abang aku. Abang aku memang berselera kalo taim bersahur. Nasik sejunjung tinggi pun boleh habis. Time buka pose tu air of course air batu. Tak kisahlah air sirap ke, cincau ke, air gess ke (korang tau air apo tu bai?). Kalau taim buka pose, Acik aku suke buat air sirap selasih. InsyaAllah, puasa kali ni kita dapat buka pose bersama balik ye Cik. Aku teringin nak rase air sirap selasih yang Acik buat tu. Nostalgia sungguh. Even taim aku bujang dan duduk kt rumah Acik dulu pun aku masih berpeluang menikmati kelazatan air sirap selasih yang Acik buat. Beribu orang yang buat air sirap selasih, tetap tak sama dengan yang Acik aku buat. Hidangan spesel Omak aku buat taim buka pose plak - Goreng Buah Kurma. Even Maryami 3A pun mak aku leh goreng dan terbukti sedap.

Tu belum aku citer experienced aku g solat tarawikh nek BMX dengan my kampung mate Anot tu lagik. Dah umur2 macam ni kalau ingat2 balik cerita2 lama tu, rasa2nya memang nak kembali ke zaman kecik2 tu balik. Sebabnya, pada zaman tu kita memang enjoy kita punye childhood tu dalam ertikata yang sebenarnya. Basikal takde lampu, aku ikat torchlight abah yg panjang tu kat handle dan jadi lampu beskal yg cemerlangg. Las2 abah kesian, dia gi belikan aku lampu beskal yang powered by dynamo yg diattachkan kat tayar beskal tu. Nak lagik terang lampunya, kita kena la kayuh lelaju. Seingat akulah, aku start gi semayang terawikh masa umur 6 tahun ikut abang aku gi masjid nek moto. Tu la untungnya jadik adik bongsu ni. Masa kita kecik2, kakak ngan abg dah besar2 dan boleh layan kita betul2 sebagai seorang "adik". Tapi aku taklah amik kesempatan di atas keadikan aku tu untuk dapat ape yang aku ndak.

Citer bab mercun?? Lom lagi... pose pun belum start lagi. Next entrilah aku citer. Lagi satu, tahun ni la jadik ramadhan yang aku rasa tak kurang bestnya sebab aku kena layan lecture 7 jam non stop (after 14 years aku tinggalkan zaman student aku). 2nd sem ni quite mencabar coz paper makin tuff, pointer kena naikkan, kene pulun coz lepas je raye dah exam final utk sem 2. Assignment pun dah belambak dapat... larat tak larat je la nak layankan. Till then, ada citer aku tulih lagik ok!

Jerobu bukan Jelobu

Sehari sebelum hari gaji, KL tenggelam dalam lautan jerebu hasil kerakusan segelintir manusia meraih keuntungan berlipat ganda nun di tanah seberang. Kita yang jadi warga kota metropolitan ni la yang menerima tempias daripada impak jutaan ringgit yang depa dapat. Cam haremm tak? Diaorang yang kaya raya, kita dapat apa? Sedut debu asap utan yang depa bakaq saja ka? Tak cukup dengan tu, anak-anak kecil kita menanggung sengsara coz kena hirup segala debu yang depa hantaq mai ikut arah tiupan angin. Sehingga entri ni ditulis, IPU kat Batu Muda mencatatkan peningkatan ke paras 191 wooh. Belum bahaya lagi, tapi dah tak sihat la dah. Topeng muka menjadi barang mewah skang ni sebab susah nak dapat. Lin cakap kat opis dia uncle M jual sekeping singgit. Dah tu bukan yang jenis canggess punye lak tu, yang jenis patsegi tu jek. Mujur dak Jiji bukak stor tadi n terjumpa ada mask lebih2 training tu. Dapat gak la pakai sementara nak dapat beli yang sendiri punya tu. Pagi tadi pun keadaan quite disaster jugak since jarak penglihatan sekitar 1km jek. Malam tadi aku urge tokey taska anak aku soh bukak daycare sebab both of us (aku ngan Lin aa) ada meeting penting kat ofis. End of da day, ada pat orang budak je yang datang daycare harini memadangkan keadaan kualiti udara yang quite bad. Kerajaan pun dah arahakn supaya sekolah2 di sekitar Selangor dan KL tutup harini. Jalan quite smooth. Nafas je tak bape smooth sebab banyak bendasing dalam udara yang kita dah start telan dan hidu snce yesterday. Pegilah ceruk manapun, bau terbakar dalam udara tu dah cukup kuat dan sungguh memeningkan kepala, ditambah pulak dengan suhu panas sekitar 37-40'C kesan daripada haba yg tak boleh naik ke langit....
Lepas ambik dak Cami kat skul tadi, terus gi amik Lin n Zihni kat Bangsar. Kol 6 petang, tapi jerebu punye pasal dia punye gelap dah macam kol 7.25ptg  dah. Even though budak tak skolah, jalan Bangsar tetap jem. Managed to escape from jammed tu dan sampai BBSB terus gi kat farmasi feveret. Tanye depa ade tak jual mende alah ni, tapi dak kedai tu cakap dah abis. Fuh, rakyat melesia dah buat pembelian panik sampaikan face mask yg biasa tu pun habis. Inikan pulak yang jenis luarbiasa tu, lagi la habis. So, aku pi carik kat farmasi yang baru bukak tu. Ada berkotak2 stok mask dia yang baru sampai. Syukurlah ada mask ni dan masih dijual dengan rege biasa. Cami ngan Zihni masih asing lagik dengan mende alah ni, tapi aku start ajar dah depa pakai walaupun depa rasa tak selesa. Risau aku, depa pun tengah nak recover daripada batuk n selesema tu. Datang pulak bencana alam yang macam ni. Sebelum jadi teruk, baik kita prevent dulu. Kasik je pakai, lelama depa pandailah nak guna camana kan. Besok depa akan duduk rumah dengan ibu diaorang, hopefully everything will be ok. Bagi gi sekolah pun kalau udara kotor nak buat hape kan? Tunggulah keadaan reda sikit dan udara kembali ok, then aku antar balik depa g skul jumpe cicer ngan kengkawan lain. As usual, nama member2 rapat dia tu tak lekang dari bibir disebut sampai la lolap di mato... allrite, chiow dulu. Next entri aku citer kesah lain lak ok.

Ahad, 23 Jun 2013

Doktor Google

Salam semua. Ahhh, good to be back in my pitt as kemain banyak lagik cik2 dokumen yang dok tunggu untuk aku semak dan buat kat dalam tray ni. Kene setelkan cepat2 dan wiken ni boleh layan benda lain cam assignment ke, reading ke etc.So harini aku nak cerita pasal kejadian semalam tu. Aku empat beranak semuanya sakit dan tak terdaya nak gi sekolah dan kerja. Aku ngan si Ibu sakit pala and dak2 dedua batuk kuat. So, kitaorang pun pergi la ke klinik fevret (panel ofis) kitaorang tu. While waiting for doctor to come sempat la dak2 tenit duaorang ni belari ke hujung ke pangkal test lantai klinik tu kuat ke tak..hahah! Then sampai la turn kitaorang masuk dalam. Doctor baru ni. Kami x pernah jumpa lagi mamat ni, but he's good. Sambil2 dia diagnose tu dia bukak browser check pasal penyakit kitaorang. Tujuan dia tu bukan untuk cari info untuk dia, tapi untuk kitaorang supaya kitaorang faham. For example, masa dia tengah diagnose nape BP aku tinggi sikit tu, dan dia tanye aku ni smoking ke tak, minum kopi ke tak, cukup tido ke tak... dia pun masuk la ke website green coffee untuk suggest kat aku untuk minum kopi tu untuk replace kopi yang aku sedang minum skang ni. Pastu masa diagnose si cami ngan adik pun dia bukak Google utk cari what is bronquiolitis is all about. Pastu suruh kitaorang balik baca for our better understanding. Cara dia check pun bagus so tu yang buatkan kitaorang rasa confident dengan apa yang dicakapnya. Nak lagi best, dia siap suggest beli mesin nebulizer untuk dak cami ngan zihni daripada dia....huhu very informative and resourceful. Apapun, kami pun sedang recover skang. Aku pun dah tak migrain lagik, ubat yang dia kasi tu pun masih ada lagik standby kan, maklumlah musim2 panas ni kerap je nak kene migrain tu. Tapi he's effort memang totally good as dia nak patient dia pun faham dengan situasi kesihatan masing2 dan jelas dengan kaedah rawatan yang dia kasik. Orait, nanti kita sambung di lain entry ok.

Selasa, 18 Jun 2013

Setahun dah Abg Wan pergi...

Gambar kenangan aku dengan arwah Abg Wan dan anak2nya
Ahad lepas 16 Jun 2013 genaplah setahun pemergian Abg Wan menemui Ilahi. Aku rasakan macam baru je semalam aku dok bergurau senda dengan dia. Macam baru semalam jugak la aku dapat khabar berita buruk pasal pemergiannya tu. Macam baru semalam jugak la dia datang bersembang dan berseloroh dengan aku pasal keja dan macam2 kisah pengalaman dia kerja kilang masa muda2 sikit dulu. Hilangnya tak berganti. Takkan ada gantinya. Kalau di kalangan usahawan perabot ni sebut je nama En. Wan / Cikgu Wan depa sure kenal punye, cukup expert dalam kerja-kerja aluminium. Memang Abg Wan ni jenis yang peramah dan kalau dia yang assist instructor kursus, dia akan curahkan apa saja skill yang dia ada kepada para peserta tu. Apa yang perlu diberitahu dia akan beritahu. Setahun berlalu, kita titipkan bekalan Al-Fatihah ke atas roh Radzuan bin Mohamad. Semoga Allah menempatkan roh Abg Wan di kalangan kekasih2Nya dan dicucuri rahmat...

Pelupa...

Salam guys! Lama tak nyembang kan. Now nak cerita sikit pasal satu tabiat yang makin lama makin kuat terjadi kat aku dan mungkin jugak terjadi kat korang. Kadang2 gejala pelupa ni quite menyusahkan kita especially kalo pepagi time tengah kelam kabut nak gi keje tu, dah kunci rumah dengan segala macam padlock kang nak kene bukak balik sebab trtinggal henpon ke, wallet ke. Kejadian yang paling baru kan cam pagi semalam la. Siapkan abang Cami dengan segala macam dah. Pakai uniform skul cantik2, pastu pakai stokin, alih2 sampai sekolah baru teringat kasut sekolah dia tertinggal atas tembok kat yard blakang, aduhaii tensennya aku. Takkan nak gi gegar rumah Mommy Pija Hat dia lak pepagi sebab nak pinjam kasut sekolah ayish kot?? Last2 terpaksa la pegi kedai runcit carik selipar. Seb baik la ada kedai runcit yang bukak awal pagi semalam. Kalo tak dibeli, takkan aku nak biarkan anak aku jalan kaki ayam lak kang kat skolah....huhu. Nasib baik sekolah tadika, kalo dah masuk sekolah rendah kene gini memang jawabnya kena libas ngan cikgu disiplin la dia hari tu.

Sebenarnya masalah pelupa ni memang kerap terjadi kat kita semua, terutamanya yang berkerjaya. Banyak sangat benda yang kita perlu ingat sampaikan yang simple2 pun kadangkala kita x ingat. So, aku came across satu blog ni. Penulis blog ni pun pelupa jugak, so aku cilok sikit dia punye sebab2 mengapa kita ni mudah jadik pelupa....

1 ) Melihat perkara- perkara yg haram.

2) Membuang air kecil semasa menggosok gigi.

3) Meminum atau memakan makanan yg bercampur semut

4) Tidak membaca al- quran.

5) Meminum atau memakan dari sumber yg haram.

6) Mengumpat dan mengata.

7) Asyik bercinta-cinta ( bukan cara islam )

8) Terlalu memikirkan yg bukan-bukan.

9) Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

10) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.


11) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

12) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

13) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

14) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

15) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

16) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.



Selasa, 11 Jun 2013

Mat Seth cakap tangan aku kena ikat camni, sebab tu takleh nuliss
Dah naik besawang blog aku ni tak aku hapdet2. Sampai ada sorang kawan aku siap hantar gambow ni tanda boring sbb masuk je blog aku xde pape dalam tu...masih mender2 lama jugak. So many things happened since my last entry last year. One of my angan2 pun dah tercapai as secara rasminya aku berstatus "mahasiswa" a.k.a mahasitua semula awal tahun haritu. Tempat study pun masih U tempat aku amek degree dulu, cuma lokasi je di lokasi baru yg lebih city dari yang dulu. Glad to be back guys! Dah abis sem pertama dah n sekarang dok struggle utk 2nd sem. Hopefully aku dapat cope dengan sistem study sekarang ni as i left my campus life for almost 14 years back. Menggeletar lutut masuk kelas dan exam yang cukup lama dah aku tinggalkan. By da way, berkat doa family dan kawan2, I managed to get a good pointer jugak for the kickstart. Pogrem baru, classmate baru, lect pun baru2 n berpeluang jumpe dengan couple of my coursemates yg dah jadi lect jugak kt situ. Wiken ni ade kelas lagik, so harap2nya dapat jumpe lagik kengkawan yg mengajar kt sini. Seronoknya kalo dapat flashback balik kisah2 nakal time sesama jadik student dulu kan... ok guys. Nanti aku bubuh lagik entry2 menarik yg berlaku time2 aku offline n "offhand" mcm si Mat Seth ni habaq kat aku haritu...chioww!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers