Isnin, 5 Ogos 2013

Raye...raye ...rayee

Kejap je rasanya puasa tahun ni. Hari ni dah masuk hari yang ke 27 dah. Lagi 2 hari je lagi nak raye. Alangkah cepatnya masa berlalu. Tak terjangkau dek aku betapa pantasnya masa sebulan tu. Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Fajar Syawal pulak bakal menyinar pagi Khamis nanti. Banyak betul perkara yang dah terjadi dalam tahun ni, especially dalam family kecik kami ni. Mana dengan eksiden kereta, aku dapat kelulusan management utk  study balik, adik ipar masuk sepital, kete wira eksiden lagik dan seumpamanya. Walau apepun, syukur kepada Allah SWT kerana bagi lagi peluang untuk aku sekeluarga hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Las entri aku citer pasal experience Ramadhan time kecik2 dulu kan. Bulan ramadhan ni jugaklah yg menyatukan aku dengan Acik aku semula. Alhamdulillah, life must go on kan weyy? Mender lama xsah citer lagik dah. Ok, pasal persiapan raye plak, so far dah 90 persen ready, tinggal kepek2 dan songkok dak2 kecik tu jew yag belum beli. Tu pun tengok perlu ke dak, if not xyah beli aaa. Ketayap adik pun muat lagi tu, baru sekali jek pakai. Semalam dah gi beli kasut raye dah, dapat yang serupa aku beli abang dgn adik. Adil la kat depa dua beradek. Wakakakakaaa..

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada korang yang sudi membaca blog aku ni. Maaf Zahir dan Batin jugak aku pohon kat korang sekiranya aku ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan dan berbagai "terr.." lagi. Kepada yang balik beraya di kampung tu, drive carefully, safely dan jangan nak rush sangat. Berhenti kat tepi jalan tu kalo mengantuk. Tido dulu. Kelalaian 2 saat tu boleh mambawa padah. Tak lari kampung dikejar. Sure sampai punye walau lambat camana pun. Tahun ni aku raya kt kampung aku sendiri, so tak sabar dah nak balik jumpe mak n sedara mara. Sempatlah berbuka pose dengan depa pada hari terakhir pose tu nanti.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers