Selasa, 13 Mei 2014

It's my birthday again...12 05 2014

the cake
Dah lama, sangat lama aku tak buat entri kat blog ni sebab aku jugak seperti korang, sibuk mengejar kehidupan di dunia yang indah dan sementara ni. Kehidupan yang pastinya ada mati di penghujungnya. Di sebalik kematian, juga ada kehidupan yang kekal abadi seperti yang dijanji Rabbul Jalil.

Diam tak diam, kita dah pun menghampiri separuh daripada tahun 2014 ni. Sepanjang tahun ni sungguh banyak peristiwa yang kita lalui. Paling terkesan dalam jiwa kita semua pastinya tak lain dan tak bukan, MH370. Tiada hati yang tidak meruntun, tiada hati yang boleh berdiam, tiada hati yang tidak menangisi kehilangan pesawat ini. Jangan ceritalah perasaan ahli keluarga derang. Takpe, yang tu Pak Jib sedang take care of. Pasti akan ada solusi dan cahaya kemanakah berakhirnya peristiwa ghaibnya pesawat malang tu nanti.

the superheroes
Ok, cerita aku pulak. About my study, syukur Alhamdulillah aku dah pun berjaya menghabiskan semua paper berkaitan MHRM aku tu. Result keluar besok, ayoyo manyak takut hoh! Tapi takpe,result ok ke tak ok, hadiahnya akan dapat this Friday. Jenjalan makan angin dengan famiy ngan dak2 kelab kete aku tu. First time nak konvoi ngan kelab ni, so rasanya memang teruja beb. Derang pun semua jenis kepala sempoi punya. Haha..apalagi, layankan je la! Tapi jangan lupa, ada dissertation yang aku kene rush untuk siapkan dalam masa terdekat ni. Kalo tak sempat sem ni, jawabnya sem depan la aku nak kene hadap thesis aku tu. Tajuk pun belum ada lagi ni, hopefully my other grup study friends boleh bantu bagi idea untuk pilih tajuk dengan apa yang aku nak bentangkan nanti.

the precious gift
Ah, lupe lagik nak citer. Banyak melalut dah aku ni. Semalam adalah hari kelahiranku yang ke 38. Dah 38 tahun aku hidup kat dunia ni. Makin tua, main berusia. Uban pun dah banyak tumbuh kat atas pala aku ni. Banyak rambut yg kaler itam dah bertukar jadi putih. Tapi bukan nak kata jugak, keturunan aku memang cepat beruban. Uwan aku beruban seawal umur 30 tahun, fully covered with "blonde hair" pada usia 40-an. So bagi aku takdelah pelik sdangat kalo aku dah mula beruban. Terkadang aku teringat, macam mana la kalau aku dipanggil balik di usia ini. Amalan aku masih kurang, anak2 masih kecik, dalam keadaan sekarang ni pun bini aku masih tak boleh handle anak2 aku yang masih kecik tu. If aku pergi sekarang, masih banyak hutang2 yg masih berbaki... usia masih muda, tapi tak berapa muda. Karier aku baru bertukar ke bidang baru, walaupun masih bekerja di opis yang lama. Challenge masih belum berapa disahut lagi. Amalan masih sedikit, banyak lagi suruhan Allah yang masih aku belum berapa penuhi. Ramai kawan2 yag mendoakan supaya dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, supaya dalam usia yang berbaki ni dapat aku terus melipatgandakan ibadah kepadaNya.
the wishes

Terima kasih jugak kepada my beloved - my wife Lin, lil' kids Cami n Zihni (3 of u make my life very colourful, wonderful, meaningfull and other full2x lah) my great families (family consist of my siblings and relatives from Rombau n KL-Slim River and any extended relatives that we have) serta kawan2 serta jiran2 yg prihatin dan menceriakan hidup aku selama 38 tahun ini. Tanpa korang semua, hidup aku hanyalah umpama sehelai kertas putih dan tidak ada serinya. My very ngam ho colleagues - Bai, Linda, Angah, Jiji - u guys really make my day. Let us be together again in our everlasting brotherhood. Fuh, pe kes aku bagi speech cas2 penerima anugerah Oscar lak nih??

My wish?? Takyah nak wish sangat la sebab bagi aku hidup itu sendiri adalah wish untuk kehidupan yg lebih menyeronokkan lagi di masa akan datang. Aku janji, pasni akan ada lagi banyak entri yang akan aku taruk dalam blog aku ni...keep reading k!





Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers